Kim Nam Gil, Honey Lee, dan Kim Sung Kyun kembali bintangi “The Fiery Priest 2”, disamping BIBI dan Sung Joon

Trio yang paling havoc ini akan kembali memeriahkan “The Fiery Priest” musim baharu!

“The Fiery Priest,” yang pertama kali disiarkan pada 2019, mengisahkan seorang paderi Katolik dengan isu pengurusan kemarahan dan seorang detektif pengecut yang bekerjasama untuk menyelesaikan kes pembunuhan. Musim 1 “The Fiery Priest” dibintangi oleh Kim Nam Gil, Honey Lee, dan Kim Sung Kyun.

Pada 24 April, telah disahkan bahawa Kim Nam Gil, Honey Lee, dan Kim Sung Kyun akan kembali membawakan watak mereka dalam “The Fiery Priest” Musim 2. Sebagai tambahan, BIBI  dan Sung Joon akan turut menyertai barisan pelakon bagi musim terbaru ini.

Dalam Musim 2, Kim Nam Gil akan kembali sebagai paderi Katolik yang cepat emosi dan mudah marah Kim Hae Il. Walaupun dia mempunyai penampilan seorang paderi yang tampan, Kim Hae Il mempunyai pengurusan amarah yang buruk sekaligus dengan ini meningkatkan penantian penonton untuk melihat aksi komedi Kim Nam Gil sekali lagi.

Honey Lee, yang memikat hati penonton dalam Musim 1, juga akan memainkan semula peranannya sebagai pendakwa Park Kyung Sun, yang mudah mempengaruhi orang, mempunyai keberanian yang besar, dan kemahiran bertarung yang hebat.

Manakala Kim Sung Kyun sekali lagi membawakan watak Goo Dae Young, seorang detektif unit jenayah kekerasan di Balai Polis Gudam, dan ini meningkatkan jangkaan ramai untuk melihatkan sinerginya dengan Kim Nam Gil.

Untuk Musim ke-2 ini, “The Fiery Priest” fokus pada paderi Kim Hae-il. Dia kini menuju Busan untuk membanteras kes dadah di Gudam-gu, disamping Park Kyung Sun dan Goo Dae Young.

Di Busan, kumpulan paderi, pendakwa raya dan polis bertemu sekumpulan penjenayah yang ingin membentuk kartel besar. Mereka juga kini ditemani oleh Goo Jae-young, seorang detektif unit narkotik dan watak baharu yang dilakonkan oleh penyanyi dan pelakon BIBI atau nama sebenarnya Kim Hyeong Seo. Watak BIBI yang digambarkan penuh semangat menarik keterujaan ramai untuk menyaksikan transformasi lakonannya.

Antara watak baharu yang lain adalah lakonan Sung Joon sebagai Kim Hong-sik, seorang tokan dadah yang pulang ke kampung halamannya di Busan untuk melakukan pelbagai jenis kejahatan.

Pada musim pertama, The Fiery Priest mengisahkan perjalanan Kim Hae Il, bekas ejen NIS yang bertukar menjadi paderi. Dia terkenal sebagai seorang paderi yang sangat pemarah, malah boleh meletus kemarahannya dalam beberapa minit sahaja.

Dia mempunyai cita-cita untuk membongkar kes kematian misteri yang menimpa seorang paderi kanan. Namun, perjalanan ini sebenarnya membawanya kepada pelbagai cabaran, seperti berdepan dengan perasuah di bandar dan penjenayah berbahaya.

Drama genre komedi misteri aksi ini meraih kejayaan besar dengan mencapai rating 24% semasa siaran musim pertamanya dan telah disahkan akan bersambung ke musim ke-2 sejak episod terakhir disiarkan. “The Fiery Priest” Musim 2 akan menjadi kerjasama antara pengarah Park Bo Ram dan penulis skrip Park Jae Bum dari Musim 1.

‘The Fiery Priest 2,’ yang dijadualkan ditayangkan pada separuh kedua 2024, akan kembali dengan lebih aksi komedi, aksi dan naratif jenayah yang dipertingkatkan di tengah-tengah situasi yang lebih serius.

Sila nantikan gandingan serasi trio hebat ini sekali lagi yang akan dibawakan oleh Kim Nam Gil, Honey Lee dan Kim Sung Gyun, serta persembahan penuh semangat watak baru seperti BIBI dan Sung Joon, yang akan menyuntik lebih aksi  dan warna kepada drama ini.

–  Pasukan produksi

Sumber : 1 | 2

loading...