Drama thriller penyiasatan “Unmasked” akan tayang pada separuh kedua 2024 di Disney+ Hotstar

Drama Korea terbaru bergenre thriller yang menegangkan “Unmasked” akan disiarkan secara eksklusif di platform  Disney+ Hotstar pada separuh kedua 2024.

“Unmasked” ialah drama pejabat yang berlatarbelakangkan Biro Kewartawanan Penyiasatan pertama Korea bagi sebuah syarikat penyiaran. Ia menceritakan perjalanan pasukan berita penyiasat ketika mereka berjuang untuk menyelamatkan kerjaya mereka. Apabila pasukan itu berada pada satu tahap yang mana tiada apa yang boleh diubah atau membawa perbezaan, mereka diberi peluang sekali lagi untuk menyelamatkan karier mereka.

Selepas bertahun-tahun mengetepikan pengiklan dengan memecahkan beberapa cerita terbesar dan paling kontroversi, kerjaya pasukan berita penyiasat akan berakhir selepas mereka membongkar cerita yang sangat kontroversi. Dengan masa yang semakin suntuk, pasukan itu diberi tugas yang mustahil jika mahu menyelamatkan pekerjaan mereka iaitu menyelesaikan cold case (jenayah yang belum diselesaikan dan masih terbuka untuk siasatan jika bukti baru ditemui) yang berusia 20 tahun, membabitkan pelakon terkenal yang menghilangkan diri tanpa jejak.

Kim Hye Soo
Jung Sungil

“Unmasked” dibintangi oleh Kim Hye Soo (“Signal”, “Smugglers”) sebagai Oh Soryong, hos dan ketua pasukan yang gigih, dan Jung Sungil (“The Glory”, “Our Blues”) sebagai Han Do, iaitu seorang penerbit baru. Drama ini ditulis oleh Gi Ryang, dan diarahkan oleh You Sundong (“The Uncanny Counter”).

Strim “Unmasked” pada sepatuh kedua tahun ini, secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...