Suho EXO sah sertai Hong Ye Ji dalam drama rom-com era Joseon

Suho EXO dilaporkan akan membintangi drama baharu MBN bertajuk “The Crown Prince Has Disapeared” (tajuk kerja) bersama pelakon Hong Ye Ji.

Pada 3 Januari, SM Entertainment berkongsi bahawa Suho akan menyertai drama komedi romantis baharu “The Crown Prince Has Disapeared.”

“The Crown Prince Has Disapeared” ialah sebuah drama bergenre komedi romantik berlatarkan era kerajaan Joseon. Drama ini mengisahkan seorang putera mahkota yang diculik oleh seorang wanita yang bakal menjadi isterinya. Semasa dalam pelarian untuk hidup mereka, bibit-bibit cinta mulai bersemi antara keduanya.

Drama ini akan ditulis oleh Kim Ji Soo dan Park Chul yang sebelum ini menulis skrip untuk drama popular ‘Bossam: Steal the Fate’ yang mana drama itu telah mencatat rekod baharu untuk penarafan penonton tertinggi dalam sejarah MBN.

Suho akan memegang watak Putera Mahkota Lee Geon yang diculik oleh seorang wanita bernama Choi Myung Woon, lakonan Hong Ye Ji. November lalu, Hong Ye Ji telah disahkan memainkan watak utama wanita iaitu Choi Myung Yoon yang mempunyai kemahiran dalam menunggang kuda dan perubatan.

Selain itu, Kim Min Kyu juga dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk memainkan watak Putera Dosung, yang merupakan peneraju kedua dalam hubungan cinta Lee Geon dan Choi Myung Yoon. Manakala, Myung Se Bin dan Yoo Se Rye sebelum ini disahkan akan menyertai drama tersebut.

Suho EXO sebelum ini telah beberapa kali menunjukkan kemahiran lakonannya menerusi beberapa projek seperti muzikal ‘Mozart’ dan drama ‘Behinde Your Touch.’

“The Crown Prince Has Disappeared” ditetapkan untuk ditayangkan pada separuh pertama tahun 2024. Jadi, stay tuned!

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5

loading...