Lee Sang Yi sah sertai Shin Min Ah dan Kim Young Dae dalam drama rom-com terbaru

Nampaknya Lee Sang Yi bersetuju untuk sertai Shin Min Ah dan Kim Young Dae dalam siri komedi romantik baharu “Because I Want No Loss” (tajuk literal)!

Pada 3 Januari, agensi Lee Sang Yi GOODFRIENDS Company mengesahkan, “Ya, memang betul. Lee Sang Yi akan membintangi drama baharu ‘Because I Want No Loss.’”

Ditulis oleh penulis Kim Hye Young yang menghasilkan “Her Private Life,” “Because I Want No Loss” adalah sebuah drama bertemakan rom-com yang mengisahkan seorang wanita bernama Son Hae Young yang melangsungkan perkahwinan palsu kerana tidak mahu kehilangan wang. Dan seorang lelaki, Kim Ji Wook yang menerima untuk menjadi pengantin palsu kerana tidak mahu diapa-apakan.

Sebelum ini pada September 2023, produksi drama itu mengesahkan bahawa Shin Min Ah dan Kim Young Dae masing-masing akan membawakan watak Son Hae Young dan Kim Ji Wook.

Dalam drama yang akan datang ini, Lee Sang Yi akan bersatu semula dengan rakan pelakon “Hometown Cha-Cha-Cha” iaitu Shin Min Ah. Buat masa ini, Lee Sang Yi membintangi siri SBS “My Demon” yang masih lagi bersiaran. Anda boleh menontonnya menerusi platform Netflix.

“Because I Want No Loss” dijadualkan untuk tayangan di TVING dan tvN tahun ini. Nantikan!

Sumber : 1 | 2

loading...