Kenapa perlu tonton drama “Marry My Husband”? Ini dia 5 sebab-sebabnya

Pada 3 Januari 2023, telah berlangsung sidang media bersama pengarah dan barisan pelakon “Marry My Husband.” Antara yang hadir adalah Pengarah Park Won-guk, Park Min Young, Na Inwoo, Lee Yi Kyung, Song Ha Yoon, dan Lee Gi-kwang. Kehadiran media tempatan dan juga tonggak utama “Marry My Husband” ini adalah untuk berkongsi mengenai siri terbaru berkenaan.

“Marry My Husband” adalah sebuah drama Korea terbaru yang mendebarkan tentang Kang Ji-won (Park Min Young) yang mati di tangan suami dan kawan baiknya selepas mengetahui hubungan sulit mereka. Dia kemudian dihantar 10 tahun ke masa lalu dan berazam untuk mengubah nasibnya.

Siri ini akan tersedia di Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara dan wilayah di seluruh dunia. Episode pertama telahpun bersiaran pada 1 Januari 2024 (Isnin). Jom sama-sama ketahui kenapa anda perlu menonton siri ini.

1. Ratu Rom-Com Park Min Young sebagai teraju utama

[Park Min Young]

Jika anda perlu menamakan ratu rom-com K-drama, Park Min Young pasti akan menjadi tumpuan. Pelakon itu telah membintangi pelbagai drama popular termasuk “Love in Contract”. Anda sentiasa boleh mengharapkan lakonan yang berkualiti daripadanya, dan persembahan Park Min Young pasti tidak akan mengecewakan dalam “Marry My Husband”.

Park Min Young telah berusaha keras untuk menggambarkan watak sebagai pesakit kanser. Dia menjelaskan,

Selain perincian kecil seperti gerak isyarat, cara dia menggunakan suaranya, pakaiannya, dan gaya rambutnya, saya turut memberi tumpuan untuk mencipta seseorang yang benar-benar mencapai titik paling terendah dalam kehidupan. Memandangkan usia saya sekarang, saya fikir bila lagi saya akan dapat mencurahkan semangat dan tenaga sebanyak ini ke dalam watak, jadi saya beri yang terbaik untuk menghidupkan watak ini.

2. Karakter lakonan – Yang Disukai & Suka tapi Benci

[Dari Atas Kiri (mengikut arah jam): Na Inwoo, Lee Gi-kwang, Song Ha Yoon, Lee Yi Kyung]

Selain protagonis kami yang cantik, watak seperti Yu Ji-hyeok (Na In-woo) dan Baek Eun-ho (Lee Gi-kwang) juga akan bersaing untuk mencuri hati serta perhatian penonton. Para pelakon berkongsi tentang gambaran watak mereka dalam “Marry My Husband.”

Dia seorang yang akan memberikan segala-galanya untuk orang yang disayangi, tidak kira samada keperluan dari segi emosi atau material. Satu-satunya kelemahannya adalah dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya.

–  Na In Woo sebagai Yoo Ji Hyeok

Eun-ho seperti bunga matahari. Dia hanya menyukai Ji-won dan mempunyai banyak dialog yang comel. Dia digambarkan sebagai seorang yang berperibadi baik, romantik dan kadang kala sifatnya seperti kanak-kanak yang suka berterus-terang.

– Lee Gikwang sebagai Baek Eun Ho

Dalam pada itu, sesebuah drama tidak cukup menarik tanpa watak antagonis yang suka menikam belakang seperti Park Min-hwan (Lee Yi Kyung) dan Jeong Su-min (Song Ha Yoon).

Dia adalah watak yang menjijikkan walaupun dari perspektif peribadi saya

– Lee Yi Kyung sebagai Park Min-hwan

Dia dan Song Ha Yoon turut bergurau tentang watak masing-masing yang mana kadangkala lebih teruk daripada watak mereka sendiri. Namun jangan risau, pasti ada berbagai elemen dan keseronokan  dalam mencintai dan membenci watak-watak ini!

3. Kemanisan dalam Keadilan & Dendam

[Na Inwoo, Park Min Young]

Selepas dikhianati serta kemudian mati di tangan suami dan kawan baiknya, Kang Ji-won berazam untuk membalas dendam selepas dia dikembalikan semula ke 10 tahun lalu di mana ketika itu dia masih belum mengahwini suaminya. Anda akan dapat melihat kehidupan semula Kang Ji Won di mana dia merancang agar kawan baiknya berkahwin dengan suaminya yang kejam serta bagaimana dia merasa keseronokkan dalam menghukum pengkhianat itu.

Ia adalah drama yang menyegarkan di mana penjahat akan dihukum tanpa belas kasihan. – Pengarah Park Won-guk

Kang Ji-won berdepan kemarahan yang melampau, sehingga dia tidak mempunyai belas kasihan dan tidak akan memaafkan musuhnya. – Park Min Young

Balas dendam itu satu kepuasan selepas mengambil kira kebaikan dan pengorbanan Kang Ji-won. Pasti penonton juga tidak sabar menunggu keadilan ditegakkan dan penjahat mendapat apa yang sepatutnya.

4. Perubahan Takdir Hidup

[Park Min Young]

Bersesuaian dengan tahun baru, “Marry My Husband” juga adalah mengenai peluang baharu dalam hidup apabila Ji-won mengambil alih tugas dan memutuskan untuk menjalani kehidupan yang berbeza untuk kali kedua. Pengarah Park Won-guk berkata, “

Ia adalah siri di mana Kang Ji Won memberi laluan kepada takdir baru dalam kehidupannya. Dia bertemu dengan orang yang baik, mempunyai pengalaman dan peluang baharu, dan memperoleh keberanian. Ia adalah kisah di mana dia mengubah nasibnya yang suram menjadi berkilauan.

–  Pengarah Park Won-guk

Kang Ji-won ialah watak yang mempunyai harga diri yang rendah, mesra, baik, dan tidak berdikari. Dia sebuah watak yang digambarkan ada banyak benda yang telah diambil daripadanya.

–  Park Min Young

Ia akan menjadi satu kelegaan daripada segi emosi untuk melihat Ji-won memulakan kehidupan barunya. Malah, ia boleh memberi inspirasi kepada penonton yang ingin mengubah nasib mereka juga.

5. Percintaan Romantis Yang Termanis

[Na Inwoo, Park Min Young]

“Marry My Husband” pastinya sebuah melodrama dengan plot yang penuh dengan pengkhianatan dan dendam. Namun, akan ada saat-saat percintaan manis yang boleh anda nantikan.

Ji-won tidak pernah rasa dicintai jadi apabila dia melakukannya, rasanya amat menggembirakan. Dia seorang yang sangat kesepian, jadi saya sangat gembira kerana dia dapat menerima banyak cinta serta kasih sayang.

– Park Min Young

Dengan watak yang patut dikasihi, percintaan akan menjadi lebih manis apabila Ji-won menerima cinta daripada mereka yang menyokongnya, seperti cinta pertamanya Eun-ho serta cinta barunya Ji-hyeok. Tidak sabar rasanya untuk menikmati saat-saat yang menggembirakan itu dan melihat Ji-won dilayan dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat.

Jangan ketinggalan untuk saksikan kisah balas dendam dan cinta Ji-won! Tonton “Marry My Husband”, hanya di Prime Video! Jom saksikan trailer “Marry My Husband” di bawah.

loading...