Saya dah ada agensi sendiri – Jennie BLACKPINK

Rasmi: Jennie BLACKPINK telah menubuhkan agensinya sendiri!

Pada 24 Disember, Jennie secara peribadi telah mengesahkan laporan media di mana dia telah melancarkan label baharu yang dipanggil OA (ODD ATELIER).

Jennie juga memuatnaik logo agensi baharunya dan beberapa foto profil terbaru di Instagramnya. Disamping itu, Jennie turut  menulis mesej berikut dalam bahasa Inggeris:

Hai, ini Jennie.

Tahun ini dipenuhi dengan berbagai pencapaian, dan saya sangat berterima kasih di atas semua cinta yang saya terima. Saya juga teruja dengan apa yang akan mendatang, kerana saya memulakan perjalanan solo saya pada tahun 2024 dengan sebuah syarikat yang telah saya tubuhkan bernama OA. Jadi, teruskan menyokong dan berikan kasih sayang anda untuk permulaan baru saya dengan OA dan sudah tentu, dengan BLACKPINK juga.

Terima kasih.

Menurut khabar angin pada 23 Disember, Jennie mengasaskan label peribadinya ODDATELIER pada November lalu. Sebuah laman web untuk label yang didakwa itu, yang ketika ini tidak berfungsi disebabkan oleh peningkatan pelawat, menyatakan, “OA, yang bermaksud ODDATELIER, ialah satu ruang yang bertujuan untuk mencipta perkara baharu yang menarik perhatian dengan cara yang berbeza daripada yang biasa atau dijangkakan . Ia adalah label yang diasaskan oleh artis Jennie pada November 2023.” Bagaimanapun, sebelum ini Jennie tidak mengesahkan perkara ini.

Sementara itu, keempat-empat ahli BLACKPINK baru-baru ini telah memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment untuk aktiviti berkumpulan. Oleh itu kesemua aktiviti berkaitan BLACKPINK masih lagi diuruskan  oleh YG Entertainment, manakala aktiviti solo Jennie akan diuruskan oleh OA.

Lihat foto baharu Jennie, logo syarikat OA dan pengumuman rasminya di bawah!

Sumber : 1 | 2

loading...