Kang Sung Wook dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana merogol

Kang Sung Wook akhirnya akan meringkuk dalam penjara selama lima atas tuduhan merogol yang berlaku di Busan, Korea pada Ogos tahun 2017.

Berdasarkan laporan yang asal, Kang Sung Wook, rakan lelakinya serta dua orang pelayan bar sedang makan bersama di sebuah restoren sebelum kedua-dua orang pelayan itu dijemput oleh Kang Sung Wook dan rakannya untuk bertandang ke rumah mereka bagi memenuhi tuntutan servis tertentu. Malang tak berbau, salah seorang daripada pelayan itu (mangsa) ditegah keluar sebelum dia diperkosa beramai-ramai oleh mereka.

Mangsa kemudiannya membuat aduan di balai polis, tapi dinafikan pula dakwaan itu oleh Kang Sung Wook dengan menggelarkan mangsa seorang pisau cukur (“gold digger”). Walaubagaimanapun, mahkamah mendapati Kang Sung Wook bersalah setelah mengamati pengakuan yang konsisten daripada mangsa dan saksi. Mendengar saja keputusan dibacakan mahkamah, Kang Sung Wook memfailkan rayuan untuk diketepikan hukuman itu.

Kang Sung Wook merupakan pelakon teater muzikal sepenuh masa tapi baru-baru ini kerap melibatkan diri di dalam program realiti tv seperti Channel A ‘Heart Signal’. Beliau juga pernah membintangi drama tvN Because This Is My First Life dan juga KBS Marry Me Now, sebagai pelakon pembantu.

Sumber: xsportnews

loading...