Bulan Disember adalah bulan terakhir untuk setiap tahun dan menandakan tahun 2023 akan melabuhkan tirainya. Umum diketahui, cuti persekolahan, sambutan perayaan Krismas dan sambutan tahun baru menjadi salah satu tarikan bagi ramai orang.
Di saat ini ramai yang mengambil peluang untuk berkumpul bersama dengan ahli keluarga dan kenalan dengan mengisi masa dengan pelbagai aktiviti yang menggembirakan. Ramai juga yang tidak sabar untuk bertukar-tukar hadiah sebagai tanda meraikan kedatangan Krismas dan tahun baru. Namun, ada juga yang tidak gemar apabila dimusim perayaan disaat seisi keluarga berkumpul, ada saja individu yang cuba merosakkan ‘mood’ percutian. Masakan tidak, bila ada saja persoalan yang menjengkelkan dilontar terutama pada golongan yang masih bujang. Antara persoalan yang sering ditanya seperti bila mahu menamatkan zaman bujang atau siapakah teman istimewa ketika ini?
Untuk anda yang berada dikalangan mereka yang masih bujang dan memilih untuk melarikan diri daripada situasi yang menjengkelkan ini. jangan risau kami boleh membantu. Anda boleh cuba pujuk hati yang lara dengan memilih oppa K-drama yang menawan lagi mempesonakan untuk menemani.
Siapa tahu mungkin lima oppa ini adalah idaman hati dan sudah pasti mereka akan menceriakan hari-hari anda.
1. Kim Jiyong – Vigilante
Watak dark hero, Kim Jiyong mempunyai gabungan sifat yang menarik yang menjadikannya individu yang penuh teka-teki untuk bertemu keluarga anda pada musim perayaan ini. Dia seorang yang bijak dan tegas, lelaki yang sempurna untuk mendapat tempat istimewa di hati anda , terutamanya apabila anda mengetahui bahawa dia didorong oleh rasa keadilan yang kuat.
Kim Jiyong merupakan seorang pelajar teladan di akademi polis pada siang hari dan seorang penjaga keamanan yang menghukum penjenayah pada waktu malam atau digelar sebagai ‘Vigilante’. Jiyong bertindak dengan membanteras jenayah dan mengambil keputusan sendiri untuk menegakkan keadilan dalam dunia yang tidak selalu adil ini.
Bersama dengan Jiyong, anda tahu yang anda sudah bersedia untuk hidup, dengan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi untuk mengejar apa sahaja yang difikirkan, yang kini termasuklah kebahagiaan anda. Hello, dia juga sanggup untuk membunuh demi korang tau!
2. Ji Suho – Soundtrack #2
Bertimbang-rasa, berdedikasi dan penyayang, Ji Suho adalah lelaki yang ingin anda perkenalkan kepada ibu dan ayah pada Krismas ini. Komitmennya terbukti apabila dia merancang perjalanan santai untuk guru piano, Hyeonseo, supaya dia dapat melupakan hal-hal kerja buat seketika.
Apabila merancang perjalanan pulang ke kampung pada Krismas nanti, sebaiknya anda percaya bahawa Ji Suhi sudah memastikan semuanya sudah dirancang dengan baik – daripada jadual perjalanan, set lagu yang akan dimainkan ketika perjalanan, dan juga makanan ringan kegemaran anda untuk perjalanan jauh.
Etika kerjanya begitu mengagumkan. Hasil kerja kerasnya menjadikan dia seorang YouTuber yang berjaya dan menubuhkan agensi sendiri untuk membantu artis baharu mencipta kejayaan. Tetapi apa yang benar-benar membezakan Suho adalah hakikat bahawa tidak dapat menyembunyikan emosinya, jadi anda perlu sentiasa tahu di mana anda berdiri.
Dengan adanya seorang individu yang menarik seperti Suho, pasti ayah dan ibu korang merestui apabila mereka menyedari bahawa anda berada di bawah jagaan sesorang individu yang terbaik.
3. K – Soundtrack #2
Jejaka atau lelaki seperti K akan menghantar anda pulang setiap hari dengan senyuman ceria. Selalu bergantung pada nalurinya, K sangat terbuka dan jujur dalam berinteraksi, dan sudah pasti ini menyemai rasay yang positif setiap saat.
Walaupun pendekatannya terhadap kehidupan mungkin berbeza daripada kebiasaan, keghairahannya dalam menikmati hidup menjadikannya dia mudah disenangi oleh sesiapa sahaja. Sebelum anda menyedari perasaan sendiri, mungkin salah seorang ahli keluarga akan bertanya soalan yang berbeza, seperti “bilakah anda dan K akan berkahwin?”
4. Cha Jinwoo – Tell Me That You Love Me
Cha Jinwoo tidak kurang hebatnya. Dia seorang lelaki penyayang yang akan menyelimutkan anda dengan lembut sekiranya anda tertidur di atas sofa. Jinwoo adalah lelaki budiman dan menjadikannya sempurna untuk di bawa ke perhimpunan keluarga.
Walaupun berdepan dengan prasangka akibat gangguan pendengarannya, Jinwoo menunjukkan sifat mudah mesra, meluahkan fikirannya melalui seni dan mencari ketenangan dalam dunianya yang tenang. Sisi sentimentalnya terpancar melalui tindakannya, seperti lawatan ke rumah anak yatim ketika masa kecilnya, dan menghormati ingatan seorang gadis kecil yang meninggal dunia akibat penyakit yang teruk.
Ketenangan Jinwoo menjadikannya dia hero K-drama yang sempurna untuk dibawa pulang pada musim perayaan ini. Percayalah, dengan Jinwoo anda akan rasa selesa, dihargai dan bahagia.
5. Yoo Jeong Jae – Maestra: Strings of Truth
Kehadiran Yoo Jeong Jae mungkin menjadi sesuatu yang tidak dijangka untuk mereka yang baru pertama kali menemuinya. Secara luarannya, dia mungkin terlihat santai, namun di sebalik ketenangannya itu, dia merupakan seorang lelaki yang berwawasan tinggi.
Secara semula jadi, Jeong Jae mempunyai keistimewaan yang membolehkan dia berhubung dengan orang ramai dengan cara yang luar biasa. Jika anda sedang mencari seseorang yang boleh menjangkakan keperluan anda sebelum anda melakukannya, biarkan saja Jeong Jae menjadi pasangan yang boleh anda percaya untuk seumur hidup.
Jadi, temui kesemua oppa ini di Disney+ Hotstar dan siap sedia untuk sebuah pengembaraan yang menyeronokkan, penuh debaran dan juga penuh drama! Biar sesiapa pun pilihan korang, kami pasti dia boleh membahagiakan korang dengan cara tersendiri dan temani korang sebaiknya sepanjang cuti yang panjang ini.