[*Spoiler*] Kim Yo Han, Kim Min Gyu, Lee Eun Sang & lain-lain bersaing rebut no.1 di dalam episod ke-3 Produce X101

Dari kiri : Kim Yo Han, Lee Eun Sang & Kim Min Gyu

Episod terbaru menyaksikan kesemua peserta bersaing merebut tempat tertinggi dan cuba menyelamatkan diri daripada disingkirkan.

Masing-masing diminta untuk mempamerkan bakat tarian dan nyanyian secara solo sebelum diberikan gred di atas pencapaian mereka tersebut. Gred tersebut menentukan markah yang dikumpulkan dalam senarai akhir top 10 terbaik untuk setiap minggu. Hasilnya, kelihatan beberapa pelatih begitu tertekan dengan keputusan prestasi masing-masing lalu membuatkan hos tetap Produce X101 itu, Lee Dong Wook mengingatkan mereka bahawa mereka hanya terselamat  dalam kedudukan 60 ke bawah pada waktu in sahaja sebelum mengumumkan acara berikutnya di mana setiap peserta diminta bersaing secara berkumpulan mewakili sesetengah kumpulan KPOP terkenal. BTS, EXO dan GOT7 ialah antara yang terpilih dalam tugasan tersebut.

Sedikit adegan dipamerkan untuk tugasan peserta-peserta pada minggu ini. (Episod ke-3)

 

Kim Yo Han di dalam cabaran tertentu episod ke-2 Produce X101 .

Akhirnya, selepas kesemuanya selesai menunaikan tugasan, undian dibuka di seluruh Korea sekali lagi. Kim Yo Han berjaya menunjukkan penguasaannya di tangga pertama apabila kekal unggul di posisi itu selama dua minggu berturut-turut mengatasi pencabar-pencabarnya terdekat seperti Lee Eun Sang dan Kim Min Gyu. Dalam musim ke-2 Produce 101 sebelum ini, kedudukan no.1 pada permulaan tak menjamin kedudukannya yang sama untuk episod-episod seterusnya. Contohnya,  pelatih Kang Daniel yang tak terjangka langsung bakal menduduki top 10, semakin menunjukkan penguasaan di akhir-akhir episod mengatasi pencabarnya yang terdekat, Park Ji Hoon yang pernah menghuni di kedudukan tertinggi dalam episod-episod terawal. Malah, Kim Jong Hyun yang berjaya meraih posisi no.1 untuk dua minggu berturut-turut pada masa itu juga gagal untuk ditempatkan di dalam senarai akhir kumpulan Wanna One. Oleh itu, sekiranya Kim Yo Han gagal mempamerkan persembahan yang memuaskan untuk cabaran seterusnya, beliau mungkin akan mengulangi apa yang berlaku pada Kim Jong Hyun sebelum ini.

Untuk melihat kedudukan seterusnya dan bagaimana pelatih-pelatih ini melakukan tugasan mereka untuk minggu ini, bolehlah ikuti rancangan tersebut di cenel rasmi tvN Asia pada setiap hari Sabtu  jam 5.00 petang (Astro 395 & Unifi TV 211).

Sumber: news1 , chosun ilbo

loading...