Kim Tae Hee sah buat penampilan istimewa dalam “Welcome To Samdalri”

Buat peminat Kim Tae Hee, pelakon tersebut akan muncul dalam drama “Welcome to Samdalri” !

Pada 20 Disember, pasukan produksi drama telah berkongsi mengenai perkara ini.

Ya, memang betul Kim Tae Hee akan membuat penampilan istimewa dalam ‘Welcome to Samdalri’ untuk menunjukkan sokongan kepada penulis skrip Kwon Hye Joo, yang pernah bekerja dengannya dalam drama hit ‘Hi, Bye Mama’ pada tahun 2010. Penggambaran bersama aktres itu dilakukan pada 18 Disember 2023.

Drama yang diterajui oleh PD  “When the Camellia Blooms” Cha Young Hoon ini mengisahkan Samdal (Shin Hye Sun) yang meraih kejayaan sebagai jurugambar di Seoul, selepas meninggalkan kampung halamannya di Pulau Jeju. Namun, kerjaya yang dibina selama berpuluh tahun musnah dalam sekelip mata kerana pembantunya.

Samdal dituduh membuli pembantunya sehingga dia cuba membunuh diri. Diburu oleh media, Samdal kembali ke Pulau Jeju, di mana dia bertemu rakan zaman kanak-kanak dan bekas kekasihnya, Yongpil (Ji Chang Wook).

“Welcome to Samdalri” yang berlatarbelakang Pulau Jeju berjaya menarik perhatian penonton dan telah merekodkan purata tontonan sebanyak 8.29% oleh Nielsen Korea dan angka ini mencatatkan rating tertinggi drama tersebut setakat ini.

Jangan lupa untuk tonton “Welcome to Samdalri” yang disiarkan dalam slot malam Sabtu-Ahad menerusi laman streaming Netflix. Episod seterusnya akan disiarkan pada 23 Disember jam 10:30 malam KST.

Sumber : 1 | 2

loading...