Chansung ahli terakhir 2PM telah selamat jalani khidmat tentera bermula semalam

Chansung 2PM selamat melaporkan diri untuk khidmat tentera semalam. Chansung merupakan ahli termuda dan yang terakhir dari 2PM yang menjalani khidmat tentera. Junho baru sahaja mendaftarkan diri untuk perkhidmatan awam (masalah kecederaan bahu) beberapa hari lalu. Wooyoung,Jun. K masih menjalani khidmat tentera dengan Taecyeon baru sahaja menamatkan khidmat tenteranya. Nichkhun terkecuali kerana dia bukan warga negara Korea.

 

Twitter rasmi 2PM (@follow2pm) berkongsi foto menampilkan Chansung yang kemas berambut pendek bersama abang-abangnya- Taecyeon, Jun. K dan Nichkhun. Mereka masih rapat walaupun Taecyeon kini berlainan agensi. Kapsyen “tweet” menyatakan, ” Adik bongsu kami kekal ceria sehingga ke akhirnya. Moga kembali  tanpa sebarang kecederaan. Hottest ( ahli kelab peminat 2PM) marilah kita menanti kepulangan  2PM tanpa tangisan.” Ia kemudian disusuli dengan ayat kapsyen yang berbunyi,  “Abang sulung sanggup ambil cuti walaupun berkhidmat dalam tentera ( Jun. K), abang ngah (Nichkhun)  tak tidur lena mengenangkan adik bongsu , abang lang (Taecyeon)  kembali semula ke kem untuk menatap wajah adik bongsu kesayangan.”

Baca lagi : ” Tak puas kalau tak jadi jahat ” – Chansung 2PM

Chansung dijangka tamat khidmat tentera pada Januari 2021. Dia juga sempat berlakon drama “So Im married with and anti fan” bersama Choi Tae Joon dan  Sooyoung SNSD. Chansung turut meraih populariti sebagai pelakon selepas berlakon di dalam drama tvN “What’s Wrong With Secretary Kim”. Jaga diri Chansung !

Sumber: yonhap news

loading...