Hubungan G-Dragon dan YG Entertaiment secara rasminya berakhir

Teka-teki mengenai masa depan kontrak baharu G-Dragon dengan YG Entertainment akhirnya terjawab. YG Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak mereka dengan G-Dragon telah berakhir dan pemilik nama sebenar Kwon Ji Yong itu akan meninggalkan agensi tersebut.

Terdahulu, orang dalam industri melaporkan bahawa G-Dragon memutuskan untuk tidak menandatangani kontrak eksklusif dengan Galaxy Corporation biatpun desas-desus menyatakan mereka sedang berunding mengenainya, dan Sports Seoul selanjutnya melaporkan bahawa terdapat kemungkinan G-Dragon memperbaharui kontraknya dengan YG Entertainment, namun sumber agensi itu menyatakan agak sukar untuk mengulas mengenainya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman web rasmi BIGBANG, YG Entertainment mendedahkan pemergian G-Dragon daripada agensi itu.

Ini adalah YG Entertainment.

G-Dragon ialah salah seorang artis ikonik kami sejak penampilan sulungnya bersama BIGBANG pada tahun 2006. Ia adalah satu penghormatan untuk meluangkan masa bersamanya.

Kami dengan tulus mendoakan kejayaan G-Dragon untuk lembaran baharunya. Kami meminta jutaan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi daripada peminat.

– YG Entertainment

Kontrak G-Dragon dengan YG Entertainment telah tamat pada Jun awal tahun ini. Pada masa itu, YG Entertainment berkongsi kemas kini mengenai status kontraknya, dengan menyatakan bahawa walaupun kontrak eksklusif mereka dengan G-Dragon tamat, mereka masih bekerjasama dengannya melalui kontrak berasingan untuk aktiviti yang lain seperti pengiklanan dan banyak lagi.

Sebelum ini pada 18 Disember, G-Dragon telah dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan dadah selepas dibuktikan tidak bersalah. Dengan berita baik ini, rata-rata peminat kini begitu teruja untuk menantikan kemunculan semula G-Dragon dalam masa yang terdekat.

Selamat maju jaya buat G-Dragon dan semoga permulaannya dilembaran baru ini ditemani dengan aura yang positif.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5

loading...