Rasmi : G-Dragon tandatangan kontrak bersama agensi baru, umum ‘comeback’ 2024 & lancar yayasan perangi penagih dadah

Jika semalam kita dimaklumkan tentang pengakhiran antara G-Dragon dan YG Entertainment, nampaknya hari ini berbeza auranya. G-Dragon BIGBANG telah mengumumkan akan kembali aktif dengan buat kemunculan semula tahun depan bersama agensi baharunya!

Pada 21 Disember, agensi G-Dragon Galaxy Corporation mengadakan sidang akhbar untuk menerangkan dan menggariskan kes berkaitan dadah G-Dragon berikutan bintang itu telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut serta membincangkan aktiviti masa depannya untuk 2024. Bagaimanapun, G-Dragon tidak hadir pada sidang akhbar itu.

Pada sidang akhbar itu, pengarah Jo Sung Hae dari Galaxy Corporation secara rasmi mengumumkan berita tersebut.

Sidang akhbar ini bertujuan sebagai langkah persediaan untuk G-Dragon, agar dia akan kembali dengan selamat dan lebih kuat setelah mengharungi masa yang sukar.

Biarpun G-Dragon terbukti tidak bersalah setelah dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan dadah, namun disebabkan pelbagai spekulasi dan khabar angin yang tidak sahih membuatkan dirinya berdepan masa yang sukar. Dia masih menjadi sasaran secara melulu apabila segelintir individu meninggalkan komen dengan berniat jahat. dan ini adalah pelanggaran hak asasi manusia yang jelas. Disebabkan itu, kami di Galaxy Corporation menuntut semua siaran dan komen dalam talian yang memfitnah artis Kwon Ji Yong dialih keluar selewat-lewatnya pada 28 Disember. Sebarang siaran dan komen yang belum dikeluarkan pada masa itu akan tertakluk kepada kesan undang-undang yang berat.

Kemudian, Galaxy Corporation akhirnya berkongsi berita gembira ini.

Galaxy Corporation dan artis G-Dragon telah menandatangani kontrak eksklusif. Artis Kwon Ji Yong (nama sebenar G-Dragon) dan Galaxy, yang bukan sekadar hubungan [artis dan] agensi tetapi hubungan rakan kongsi dan sahabat, akan terus menyahut cabaran yang tidak pernah dilakukan dan tidak mampu dilakukan di dunia. Lebih-lebih lagi, untuk mengambil jalan yang berbeza dengan orang lain, kami akan merapatkan jurang antara satu sama lain dan menunjukkan bukan sahaja sisi yang Kwon Ji Yong telah tunjukkan setakat ini tetapi juga sisi yang tidak pernah ditunjukkannya sebelum ini.

Mengenai kelewatan dalam mengumumkan menandatangani kontrak eksklusif, ini jawapan daripada pengarah Jo Sung Hae.

Kami sedang menunggu kenyataan rasmi agensi terdahulu [G-Dragon]. Syukurlah, semalam, bekas agensinya mengeluarkan kenyataan mendoakan masa depan Kwon Ji Yong, dan kami juga mengucapkan setulus terima kasih  kepada YG Entertainment. Terima kasih kepada YG, tanpa mereka tiadalah Kwon Ji Yong pada hari ini.. Galaxy akan melakukan yang terbaik untuk meneruskan jalan kegemilangan yang telah dilalui oleh YG dan G-Dragon.

Berkenaan dengan aktiviti masa depan G-Dragon, pengarah Jo Sung Hae secara ringkas menyatakan, “G-Dragon akan membuat kemunculan semula pada tahun 2024.”

Ditanya mengapa G-Dragon tidak hadir secaara peribadi ke sidang akhbar itu ini jawapan yang diberikan oleh pengarah Jo.

Disebabkan kesimpulan siasatan polis mengenai kesnya baru-baru ini dan ada banyak percanggahan laporan disiarkan, jadi sidang media ini diadakan sebagai tindak balas pantas kepada situasi tersebut. Oleh itu, penjadualan sidang akbar ini tidakdapat disesuaikan dengan jadualnya. Namun, Kwon Ji Yong bercadang untuk menyapa peminatnya secara peribadi tidak lama lagi pada tahun baharu dan dia sangat menantikan acara ini.

Akhir sekali  pengarah Jo menyampaikan surat yang ditulis oleh G-Dragon, dalam rangka menghebahkan rancangan pemuzik itu untuk menubuhkan sebuah yayasan khusus untuk membasmi dadah haram daripada masyarakat Korea.

Saya telah berdepan dengan masa yang sukar tahun ini. Melalui sepanjang tempoh itu, saya mengetahui bahawa terdapat lebih 20,000 perbuatan jenayah yang berkaitan dengan dadah haram dalam tempoh setahun di Korea. Manakala penggunaan dadah haram di kalangan belia bawah umur meningkat dengan pesat, dan kurang daripada 500 daripada 20,000 penjenayah yang didakwa menggunakan dadah secara haram menerima bantuan perubatan yang sewajarnya. Fakta ini merisaukan hati saya, dan saya merasakan bahawa saya perlu melakukan sesuatu.

Oleh itu, tindakan sewajarnya perlu diambil terutama bagi golongan muda yang terdedah kepada bahaya dan golongan yang tidak menyedari bahaya tersebut. Saya ingin menyediakan peluang untuk memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang berkaitan. Saya ingin mencipta satu sistem di mana saya boleh bertindak sebagai oppa, hyung, dongsaeng, atau sekadar kenalan kepada mereka yang lemah dan tidak berdaya, agar mereka tidak menjadi mangsa ketidakadilan sekali lagi. Untuk memastikan saya dapat mengekalkan peranan dan sistem ini, saya telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah yayasan untuk memerangi aktiviti berkaitan dadah.

Inilah hasrat Kwon Ji Yong untuk memulakan tahun 2024. Saya akan memenuhi tugas saya sebagai artis dan sebagai ahli masyarakat, dengan membuat kemunculan semula dan menyumbang kepada masyarakat. Jadi saya berharap anda semua juga akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi tugas dan tanggungjawab anda. Saya percaya apabila kemahuan dan tindakan kolektif ramai bersatu, perubahan boleh dilakukan.

G-Dragon akan membuat sumbangan pertamanya yang bermakna kepada yayasan yang akan datang atas nama peminatnya, VIP. G-Dragon, yang menghabiskan masa selama 17 tahun terakhir sebagai artis di YG Entertainment, akan mengambil langkah baharu pada 2024 sebagai artis yang bergabung dengan Galaxy Corporation.

Pada pagi hari yang sama, G-Dragon menyiarkan imej di Instagramnya, sebagai permulaan perjalanannya  dengan agensi baharu.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...