Daesung BIGBANG akan rilis single istimewanya pada 18 Disember 2023

Agak lama kita tidak mendengar berita mengenai Daesung BIGBANG ini. Namun, siapa sangka apabila penyanyi ini akan membuat kemunculan semula dengan projek solonya. Pastinya berita gembira ini sangat dinanti-nanti oleh para peminatnya.

Pada 11 Disember, Daesung berkongsi poster untuk single terbarunya bertajuk “FLOW”  yang akan dirilis pada 18 Disember 2023 jam 18.00 KST. Ini merupakan single solo pertama Daesung dalam tempoh 13 tahun selepas lagu trot “Look At Me Gwisun” yang dikeluarkan di tahun 2008.

“FLOW” merupakan remake lagu daripada nyanyian asal Lee Han Chul yang dikeluarkan pada 2012. Daesung dikhabarkan bercadang untuk memperkenalkan lagu yang bersesuaian dengan suasana percutian dengan lirik yang menghiburkan dan menenangkan.

“FLOW” ialah pembuatan semula lagu 2012 yang asalnya dikeluarkan oleh Lee Han Chul. Daesung bercadang untuk memperkenalkan lagu-lagu yang sesuai dengan suasana percutian dengan lirik yang menghiburkan di hari-hari terakhir.

Untuk pengetahuan, Daesung telah menandatangani kontrak eksklusif dengan R&D Company pada April tahun ini dan membentuk pasukan khusus D-LABLE. Sejak itu, Daesung telah menyapa peminat dengan muncul sebagai juri dalam rancangan pertandingan trot MBN “King of Veteran Singers” serta penampilan istimewa dalam “How Do You Play?”

Sumber : 1

loading...