Siri Fantasi Rom-Com “My Man Is Cupid” akan datang secara eksklusif di Prime Video 1 Disember 2023

Baru-baru ini, Prime Video telah mengumumkan siri rom-com fantasi terbaru ‘My Man Is Cupid’, dibintangi oleh Jang Dong-yoon dan NANA, akan tersedia di platform Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara dan wilayah di seluruh dunia mulai Jumaat, 1 Disember. Episod baru akan dikeluarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu.

“My Man Is Cupid” memaparkan kisah bertemakan romantik komedi antara pari-pari cinta dan manusia. Cheon Sang-hyuk (Jang Dong-yoon) ialah pari-pari cinta yang kehilangan sayapnya dalam kejadian tragis 500 tahun lalu. Sejak itu, dia telah melalui tranformasi dan hidup sebagai manusia untuk mendapatkan semula sayapnya.

Disebabkan masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya, Cheon Sang-hyuk menutup pintu hatinya kepada mana-mana wanita, tetapi semua itu berubah apabila dia secara tidak sengaja menembak dirinya dengan  anak panah asmaranya sendiri.

Dia terserempak dengan Oh Baek-ryun (NANA), seorang pakar bedah veterinar yang kecantikannya memikat ramai lelaki. Malangnya, setiap kali dia terlibat dalam hubungan romantis dengan seseorang, pasti lelaki tersebut akan berdepan dengan kemalangan misteri. Perkara itu membuatkan Oh Baek-ryun memutuskan untuk tidak bercinta lagi.

Pasangan yang tidak bernasib baik dalam percintaan ini kemudian saling tertarik antara satu sama lain, tetapi adakah nasib akan menyebelahi mereka?

Jang Dong-yoon terkenal dengan wataknya dalam drama seperti ‘Oasis’, ‘The Tale of Nokdu’, dan ‘Search’. Dong-yoon memulakan kerjaya lakonan selepas mendapat perhatian apabila membawakan watak pelajar universiti yang menangkap seorang perompak bersenjata di sebuah kedai serbaneka.

NANA pula baru-baru ini menarik perhatian penonton kandungan Korea dengan lakonannya dalam ‘Mask Girl’; malah beliau juga terkenal dengan peranannya dalam siri drama lain seperti ‘The Good Wife’ dan ‘Oh My Ladylord’.

Manakala Park Ki-woong (Pandora: Beneath the Paradise) dan Kwon Ah-reum (The Killing Vote) akan melengkapkan barisan pelakon utama.

Pengarah Nam Tae-jin, yang pernah mengarahkan drama ‘Switch: Change the World’, ‘Hong Cheon Gi’, dan ‘Jinx’, akan menerajui drama tersebut dan Heo Seong-hee yang sebelum ini menulis ‘One More Happy Ending’ akan menghasilkan skripnya.

Pelanggan Prime Video di Malaysia dan 240 negara serta wilayah di seluruh dunia boleh menstrim “My Man Is Cupid” mulai 1 Disember. Menerusi aplikasi Prime Video, para pelanggan juga boleh memuat turun episod pada peranti mudah alih dan tablet mereka dan menonton di mana-mana di luar talian tanpa kos tambahan. Prime Video boleh dilanggan di Malaysia dengan bayaran pada hanya RM25 sebulan dan ada akan dapat menikmati pelbagai hiburan yang terbaik tanpa henti dan tanpa sempadan.

Jom tonton trailer drama ‘My Man is Cupid’

loading...