Gandingan mantap Bailu dan Dylan Wang dalam “Only For Love” buat anda rasa berbunga-bunga

Para penggemar drama China pastinya menantikan gandingan hebat Dylan Wang dan Bailu menerusi drama terbaru mereka yang kini sedang ditayangkan “Only For Love”. Dengan personaliti, visual serta populariti kedua-dua teraju utama drama ini yang tidak perlu dipertikaikan lagi, penonton juga ingin melihat sejauh mana keserasian mereka yang sikit-banyak menjadi penentu lonjakkan drama ini.

“Only For Love” diadaptasi daripada novel web berjudul Accidental Love oleh Qiao Yao dan diarahkan oleh pengarah Guo Hu. Drama ini diterbitkan dengan jumlah 38 episode yang disiarkan di Viu Malaysia selain turut disiarkan menerusi Mango Tv dan Hunan Tv. “Only For Love” ialah sebuah drama romantik komedi yang menghiburkan dan menyentuh perasaan. Drama ini memaparkan kisah cinta yang penuh liku  antara seorang CEO muda dan seorang wartawan yang bercita-cita tinggi.

Sinopsis “Only For Love”

“Only For Love” mengisahkan hubungan antara seorang CEO terkenal dengan wartawan sebuah akhbar kewangan terkemuka di China. Zheng Shu Yi adalah seorang wartawan yang berazam untuk mendapatkan berita halaman depan (front-page story) dan telah menulis banyak laporan melalui penyelidikan mendalamnya mengenai pelbagai industri. Oleh itu, dia benar-benar berusaha keras mendapatkan wawancara eksklusif bersama Shi Yan, CEO muda yang paling hangat diperkatakan baru-baru ini.

Shi Yan diketahui ingin melabur dalam syarikat permulaan yang menjanjikan sebagai satu bentuk sumbangan kepada masyarakat. Zheng Shu Yi dan Shi Yan secara tidak sengaja berkenalan antara satu sama lain. Mereka kemudian menyedari bahawa takdir mereka saling berkaitan. Shi Yan tahu bahawa artikel yang ditulis oleh Zheng Shu Yi tentang industri membolehkan orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang syarikat baru tempatan. Selain itu, Shi Yan mendapati bahawa pendapat Zheng Shu Yi yang disampaikan melalui laporannya adalah sama dengan pendapatnya. Oleh itu, dia bersetuju untuk membenarkan dia menulis satu siri laporan tentang syarikat mereka supaya mereka sering bertemu.

Hubungan kerja antara CEO dan wartawan ini akan berkembang secara beransur-ansur dan membawa mereka ke dunia percintaan.

Barisan Pelakon

Drama ini tidak hanya bersandarkan kepada Dylan Wang dan Bailu, malah turut dihiasi serta dimeriahkan dengan kehadiran Miles Wei, Lin Dong Qin, Shen Yu Jie dan ramai lagi sebagai daya penarik kepada drama ini. Berikut adalah barisan pelakon “Only For Love”

Bai Lu sebagai Zheng Shu Yi

Wang He Di/ Dylan Wang sebagai Shi Yan

Wei Zhe Ming / Miles Wei sebagai Yu You

Shen Yu Jie sebagai Qin Shi Yue

Nie Yuan sebagai Guan Xiang Cheng

Liu Dong Qin sebagai Guan Qi

Jiang Pei Yao sebagai Bi Ruo Shan

Zeng Li sebagai Tang Yi

Dong Xuan sebagai Song Lelan

Kou Zhen Hai sebagai Shi Wen Guang

Kong Lian Shun sebagai Fan Lei

Wang Zi Wei sebagai Xu Yu Ling

Lu Cheng Jue sebagai Yue Xing Zhou

Zheng Shu Huan sebagai Qin Le Zhi

Jadi kenapa perlu tonton “Only For Love”?

1. Dylan Wang sebagai CEO muda yang kacak dan berkaliber

Jika dalam drama “Meteor Garden” Dylan Wang merupakan pelajar sekolah menengah dari keluarga yang sangat kaya, kali ini beliau akan membawakan watak CEO muda kacak yang pastinya akan memikat hati semua wanita. Beliau akan menampilkan sosok yang lebih matang, berfikiran luas dan berwibawa. Level ketampanannya meningkat apabila memakai cermin mata, dalam menyelami peranannya sebagai CEO yang sukar difahami!

2. Perjalanan wartawan vs CEO muda dalam kerjaya dan cinta

“Only For Love” merupakan drama pejabat yang mengetengahkan dua profesion iaitu wartawan dan CEO muda. Kedua-dua profesion ini berkait antara satu sama lain kerana mempunyai minat yang tersendiri. Dalam proses itu, pertembungan berlaku antara kedua-duanya, dan mereka bertemu tanpa dirancang. Tetapi apabila mereka secara tidak sengaja mengenali antara satu sama lain, mereka mula menyedari bahawa takdir mereka mungkin saling berkaitan. Perlahan-lahan, benih-benih cinta tumbuh dan semakin memekar.

3. Keserasian Dylan Wang dan Bai Lu

Meskipun telah ditayang seminggu yang lepas, namun fenomena  “Only For Love” semakin dirasai dan mendapat perhatian ramai peminat. Apatah lagi, rakaman di sebalik tabir yang dikongsi oleh produksi “Only For Love” menambahkan lagi rasa ingin tahu untuk menyaksikan detik-detik manis antara Dylan Wang dan Bai Lu. Kolaborasi visual yang menyegarkan mata dan lakonan yang tidak boleh dipertikaikan lagi dari kedua mereka turut meningkatkan jangkaan peminat.  Jadi, jangan ketinggalan untuk saksikan chemistry hebat mereka, okay?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viu Singapore (@viusg)

Jadi, jom saksikan trailer drama ini

Jangan lupa untuk tonton “Only For Love” di Viu Malaysia. Episode baru setiap Isnin, Selasa, Sabtu dan Ahad.

 

loading...