Hanya bertahan 6 tahun, Ryu Jun Heol dan Hyeri berpisah

Kisah cinta Ryu Jun Yeol dan Hyeri akhirnya terlerai!

Pada 13 November, News1 melaporkan bahawa hubungan cinta Ryu Jun Yeol dan Hyeri telah putus baru-baru ini.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi Ryu Jun Yeol C-JeS Studios dan agensi Hyeri Creative Group ING kedua-duanya mengesahkan, “Memang benar mereka berpisah.” Kedua-dua pelakon itu kini kekal sebagai teman seperjuangan.

Ryu Jun Heol dan Hyeri telah membintangi drama popular “Reply 1988” yang menamatkan tayangannya sekitar Januari 2016, dan pada Ogos 2017, keduanya mengumumkan hubungan mereka.

Dalam pada itu, Ryu Joon Yeol sedang menanti tayangan filem ‘Alienoid: Part 2’, dan Hyeri baru-baru ini telah menerima tawaran untuk membintangi dalam filem ‘Victory’.

Sumber : 1 | 2

loading...