G-Dragon pula kini disiasat polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah

Agak mengejutkan apabila nama G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Young didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Nama bintang K-pop ini muncul selepas pelakon Lee Sun Kyun ditahan dalam kes yang sama.

Pada 25 Oktober, menurut laporan eksklusif dari News1, G-Dragon telah dipanggil polis dan disiasat atas tuduhan penyalahgunaan dadah oleh Agensi Polis Metropolitan Incheon. Dia disyaki melanggar Undang-undang Pengurusan Dadah Korea Selatan. Bagaiamanapun tiada tahanan dibuat terhadap G-Dragon.

Wakil polis berkaitan mengesahkan hal berkenaan namun enggan mengulas lanjut akan perkara tersebut.

“Kami tidak boleh dedahkan sebarang maklumat kerana masih dalam siasatan,” jelas wakil berkenaan.

Bagaimanapun, polis turut menafikan bahawa kes itu berkait dengan kes yang melibatkan pelakon Lee Sun Kyun, yang kini disiasat kerana menggunakan dadah.

“Ini adalah kes berasingan yang tidak mempunyai kaitan dengan Lee,” kata polis.

Pada petang itu, apabila diminta mengulas mengenai perkara itu, YG Entertainment memberitahu Xportsnews, “[G-Dragon] pada masa ini bukan artis di bawah agensi kami, jadi sukar untuk kami memberi apa-apa kenyataan rasmi.”

YG Entertainment sebelum ini mendedahkan pada bulan Jun bahawa kontrak eksklusif mereka dengan G-Dragon telah tamat.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...