Kim Yoo Jung & Song Kang uji keserasian bersama ketika sesi bacaan skrip drama terbaru “My Demon”

Drama SBS yang akan datang “My Demon” telah berkongsi gambaran di sebalik tabir pembacaan skrip pertamanya!

“My Demon” adalah sebuah drama terbaru dengan genre rom-com fantasi tentang perkahwinan kontrak antara Do Do Hee, seorang waris chaebol yang perangainya seperti syaitan (dilakonkan oleh Kim Yoo Jung), dan Jung Gu Won, syaitan sebenar yang kehilangan kuasanya (lakonan Song Kang).

Walaupun Do Do Hee tidak mempercayai sesiapa, kehidupannya mula berubah dengan cara yang tidak pernah dia bayangkan apabila dia menandatangani kontrak dengan syaitan Gu Won. Sementara itu, untuk mengelakkan kematiannya sendiri, Gu Won tidak mempunyai pilihan selain melindungi Do Hee selepas dia merampas kuasanya.

Menurut pasukan produksi drama itu, Song Kang dan Kim Yoo Jung memukau semua orang dengan keserasian mereka di meja bacaan skrip, di mana mereka menghidupkan suasana pertengkaran comel dan gurauan lucu berkaitan watak mereka.

Sementara itu, Lee Sang Yi akan memainkan watak Joo Seok Hoon, Ketua Pegawai Eksekutif Mirae Investments dan anak saudara kepada pengasas Mirae Group, Joo Cheon Sook (dilakonkan oleh Kim Hae Sook). Lee Sang Yi dikatakan mahir menangkap perubahan halus dalam emosi Joo Seok Hoon pada saat kehadiran Gu Won yang tidak dijangka dalam hidup Do Hee.

Turut hadir pada bacaan skrip itu ialah Kim Hae Sook, yang membawakan watak Joo Cheon Sook di mana dia menyembunyikan sebuah rahsia besar, dan Jin Ga Young sebagai  Jo Hye Joo yang mahu menjadi satu-satunya teman manusia Gu Won.

Kim Tae Hoon akan memegang watak sebagai anak sulung Joo Cheon Sook, Noh Seok Min, Ketua Pegawai Eksekutif Mirae Electronics, manakala Jo Yeon Hee akan memegang watak sebagai isterinya Kim Se Ra dan Kang Seung Ho akan memainkan watak anak mereka Noh Do Kyung.

Lee Yoon Ji akan memainkan watak anak perempuan Joo Cheon Sook, Noh Soo An, Ketua Pegawai Eksekutif Mirae Apparel, manakala Seo Jeong Yeon akan memainkan watak setiausaha yang dipercayai Do Hee, Cik Shin.

Akhir sekali, Heo Jung Do akan memainkan watak Park Bok Gyu, yang membantu Gu Won menyamar sebagai manusia.

“My Demon” akan ditayangkan pada 24 November, selepas tamatnya Musim 1 “The Escape of the Seven.” Drama ini juga akan turut ditayangkan menerusi platform Netflix.

Sumber : 1

loading...