Lee Je Hoon terpaksa berehat seketika daripada semua aktiviti seninya selepas menjalani pembedahan kecemasan.
Pada 2 Oktober, agensi pelakon berkenaan, COMPANY ON telah memberikan kenyataan kepada media berhubung status terkini Lee Je Hoon.
Lee Je Hoon pergi ke hospital pada malam semalam [1 Oktober] kerana sakit perut yang teruk, dan telah didiagnosis dengan kolitis iskemia. Dia telah menjalani pembedahan kecemasan pada awal 2 Oktober.
Syukur pembedahan itu berjaya, dan dia kini dalam proses pemulihan. Lee Je Hoon mungkin akan ditahan selama seminggu di hospital bagi memudahkan perkembangan pemulihannya dipantau dengan rapi.
– COMPANY ON
Atas sebab itu, Lee Je Hoon tidak akan menghadiri majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28, yang mana dia akan menjadi hos bersama Park Eun Bin pada 4 Oktober ini. Dimaklumkan bahawa Park Eun Bin akan mengacarakan acara tersebut secara berseorangan.
Selain itu, Lee Je Hoon juga tidak dapat menghadiri Anugerah Filem Buil 2023 pada 5 Oktober.
Kami memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja Festival Filem Antarabangsa Busan dan Anugerah Filem Buil.
– COMPANY ON
Ekoran dengan keadaan kesihatan terkini Lee Je Hoon, dia terpaksa menghentikan penggambaran drama MBC “Investigator: The Beginning” dan akan menyambung semula penggambaran sebaik sahaja kesihatannya pulih.
Semoga Lee Je Hoon cepat sembuh!
Sumber : 1