Berdepan dengan pembedahan kecemasan, Lee Je Hoon batal semua aktiviti seninya

Lee Je Hoon terpaksa berehat seketika daripada semua aktiviti seninya selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Pada 2 Oktober, agensi pelakon berkenaan, COMPANY ON telah memberikan kenyataan kepada media berhubung status terkini Lee Je Hoon.

Lee Je Hoon pergi ke hospital pada malam semalam [1 Oktober] kerana sakit perut yang teruk, dan telah didiagnosis dengan kolitis iskemia. Dia telah menjalani pembedahan kecemasan pada awal 2 Oktober.

Syukur pembedahan itu berjaya, dan dia kini dalam proses pemulihan.  Lee Je Hoon mungkin akan ditahan selama seminggu di hospital bagi memudahkan perkembangan pemulihannya dipantau dengan rapi.

– COMPANY ON

Atas sebab itu, Lee Je Hoon tidak akan menghadiri majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28, yang mana dia akan menjadi hos bersama Park Eun Bin pada 4 Oktober ini. Dimaklumkan bahawa Park Eun Bin akan mengacarakan acara tersebut secara berseorangan.

Selain itu, Lee Je Hoon juga tidak dapat menghadiri Anugerah Filem Buil 2023 pada 5 Oktober.

Kami memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja Festival Filem Antarabangsa Busan dan Anugerah Filem Buil.

– COMPANY ON

Ekoran dengan keadaan kesihatan terkini Lee Je Hoon, dia terpaksa menghentikan penggambaran drama MBC “Investigator: The Beginning” dan akan menyambung semula penggambaran sebaik sahaja kesihatannya pulih.

Semoga Lee Je Hoon cepat sembuh!

Sumber : 1

loading...