Ikuti siri temuduga eksklusif dengan barisan pelakon utama “The Kidnapping Day”

“The Kidnapping Day” adalah sebuah drama yang bertemakan thriller komedi hitam dan telah tersedia untuk tontonan di Prime Video Malaysia dan lebih daripada 240 negara serta wilayah di seluruh dunia. Siri perdana dengan 12 episod itu ditayangkan pada 13 September lalu dengan episod baharu pada setiap Rabu dan Khamis.

Diadaptasi dari novel Korea dengan judul yang sama, “The Kidnapping Day” mengisahkan tentang ikatan antara seorang penculik yang cemerkap dan seorang kanak-kanak genius akan bekerjasama disaat mereka mendapati diri mereka terlibat dalam situasi yang tidak terduga.

Kim Myung Joon (Yoon Kye-sang), seorang penculik yang kali pertama menculik seorang gadis, Choi Ro Hee (Yoo Na) berusia 11 tahun untuk mengumpul wang bagi membiayai kos hospital anak perempuannya. Disebabkan insiden yang melibatkan dirinya secara tidak sengaja, Kim Myung Joon diburu sebagai suspek pembunuhan. “The Day” akan menggambarkan perkongsian istimewa antara seorang penculik berhati lembut dan seorang gadis ibarat ikatan seorang ayah dan anak  dalam satu perjalanan yang penuh cabaran lagi menghiburkan untuk mencari kebenaran.

Sekali lagi KMania melalui Arcis Communications telah diberi peluang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada pelakon drama “The Kidnapping Day” ini iaitu Yoon Kye-sang, Park Sung-hoon dan Kim Shin-rock. Jadi, jom check it out sesi temuduga KMania dengan para pelakon tersebut.

Kmania MY : Apa tanggapan pertama anda semasa membaca skrip buat kali pertama? Apa yang menarik tentang The Kidnapping Day yang membuatkan anda mahu menerima peranan ini? 

Yoon Kye-sang: Sangat menarik untuk mendengar cerita tentang seorang gadis genius dan seorang lelaki cemerkap yang kekurangan 2 peratus. Struktur cerita itu terasa baharu, dan saya teruja kerana dapat memberikan keseronokan dan keselesaan kepada penonton. Saya telah membintangi pelbagai genre filem kebelakangan ini, dan saya juga nak tahu apa pandangan penonton tentang saya jika saya mendekati mereka dengan watak seperti ini.

Park Sung-hoon: Bila saya mula-mula membaca skrip “The Kidnapping Day,” ia sangat menarik dan saya tertarik dengan topik baharu yang tidak pernah saya lihat diketengahkan sebelum ini. Saya dengan pantas menerima peranan itu kerana saya fikir saya akan dapat mencipta pengalaman/skop kerja baharu dengan keserasian pelik antara penculik cemerkap dan gadis genius.

Kim Shin-rock: Ceritanya penuh dengan liku-liku dan bergerak pantas. Pelbagai perhubungan antara watak yang berbeza itu menarik, dan yang paling penting, watak Seo Hye-eun. Seo Hye-eun berada ditengah-tengah antara kebenaran dan pembohongan, ia sangat mengagumkan.

Kmania MY : Anda sering melakonkan watak yang cool dan berkarisma tetapi kali ini, membawakan watak seorang bapa yang cemerkap dan akhirnya menjadi penculik. Apakah cabaran terbesar anda dalam membawakan watak sebagai seorang bapa? Adakah anda dapat mengaitkan dengan watak anda? Bagaimana anda mendekati watak anda? 

Yoon Kye-sang: Saya berusaha untuk meletakkan diri saya dalam keanehan Myeong-jun secara semula jadi. Myeong-jun yang kuat dari segi fizikal, kurang pengetahuan 2 peratus, rambut panjang, cara pertuturan, dsb. Daripada menumpukan pada satu sahaja, saya berharap semuanya akan dipamerkan dengan secara semula jadi.

Kmania MY : Bolehkah anda menggambarkan perasaan ketika mempamerkan hubungan ayah dan anak perempuan dan bagaimana perasaan dibuli oleh Choi Ro Hee (lakonan Yu Na, berdasarkan treler)? 

Yoon Kye-sang: Saya geram (bergurau). Terpaksa pura-pura geram. haha. Saya nak bagitahu anda betapa cantiknya Yuna sebenarnya, yang memainkan watak Ro-hee. Terima kasih kepadanya, saya seronok pergi ke set.

Kmania MY : Memandangkan anda telah membintangi beberapa drama tahun ini, apakah perbezaan watak ini daripada watak anda sebelum ini, seperti Jae-won daripada “Not Others”, dan apakah yang boleh dijangkakan atau diperhatikan oleh penonton apabila menonton drama ini? 

Park Sung-hoon: Saya fikir ia adalah satu rahmat besar sebagai pelakon untuk dapat melakonkan watak yang berbeza dalam setiap karya. Ada penonton yang menyukai siri saya sebelum ini dan menyukai watak itu, jadi ia adalah daya penggerak pada saya untuk terus berlakon dan bergerak ke hadapan. Kadang-kadang bawa watak penjahat, kadang-kadang bawa watak lelaki yang baik, tetapi pelakon berdepan dengan penonton dengan muka dan watak baharu dalam setiap karya, jadi saya harap anda dapat melihat dan menikmati watak dalam karya itu. Saya memainkan watak Eun Jae-won, ketua balai polis dalam siri saya sebelum ini, “Not Others,” dan kali ini saya mempunyai peranan detektif yang serupa tetapi sedikit berbeza. Dia menjadi orang utama dalam menyelesaikan kes dan berdepan pelbagai aksi, jadi saya fikir ia mempunyai daya tarikan yang lebih berirama.

Kmania MY : Apa yang istimewa tentang “The Kidnapping Day” kepada anda?

Park Sung-hoon: “The Kidnapping Day” istimewa bagi saya kerana terdapat sinergi yang dicipta oleh pelakon yang baik. Di samping itu, terdapat banyak bayangan dari episod pertama dan seterusnya, jadi jika anda menonton setiap babak dengan teliti, saya dengan rendah hati jangkakan bahawa segala-galanya akan terasa baharu kepada penonton. Sila nantikan genre baharu ini yang dipanggil “Comic Buddy Thriller.”

Kmania MY : Bagaimana rasanya memainkan peranan detektif? Adakah anda mempunyai adegan yang sukar dilupakan atau mencabar semasa penggambaran? 

Park Sung-hoon: Semasa berlakon, anda boleh merasai pengalaman dalam pelbagai pekerjaan, dan kali ini saya terharu atas kerja keras detektif yang bergelut di dalam mahupun di luar pejabat. Saya cuba menyampaikannya secara realistik supaya tidak mendatangkan mudarat kepada pekerjaan mereka, tetapi Sang-yun keluar dengan memakai jaket kulit sebagai cara untuk mengekspresikan watak itu.

Pada suatu hari, pada pertengahan musim panas, cuaca agak panas kerana jaket kulit yang saya pakai untuk merakam adegan kejar-mengejar. Namun, semua kakitangan bekerja keras untuk merakamnya dengan cara yang menakjubkan, dan saya berharap penonton akan menikmatinya.

Full interview in English

Kmania MY : What was your first impression when reading the script for the first time? What is interesting about The Kidnapping Day that made you want to accept this role? 

Yoon Kye-sang: It was interesting to hear a story about a genius girl and a man who is lacking 2 percent. The story’s structure felt new, and I was excited to be able to provide fun and comfort to viewers. I’ve been doing a lot of genre movies recently, and I was also curious about how I would be seen if I approached viewers with this kind of character.

Park Sung-hoon: When I first read the script for “The Kidnapping Day,” it was so interesting and I was attracted to the new topic that I had never seen before. I accepted the role very quickly because I thought that I would be able to create a new type of work with the strange chemistry between the clumsy kidnapper and the genius girl.

Kim Shin-rock: The story was full of twists and fast-paced. The various relationships between the different characters were interesting, and above all, the character Seo Hye-eun, who is a mixture of truth and lies, was impressive.

Kmania MY : You often play cool and charismatic characters but this time, your character is a clumsy father who became a kidnapper. What’s your biggest challenge in playing the role of a father? Were you able to relate with your character? How did you approach your character? 

Yoon Kye-sang: I made an effort to put on the peculiarities of Myeong-jun naturally. Physically strong Myeong-jun, 2 percent lack of knowledge, long hair, speech, etc. Rather than focusing on just one, I hoped that it would be natural by harmonizing these things naturally.

Kmania MY : Can you describe your feeling when portraying the daddy-daughter relationship and how it feels being bullied by Choi Ro Hee (played by Yu Na, based on the trailer)? 

Yoon Kye-sang: I was annoyed (joking). I had to act annoyed haha. I want to let you know how lovely Yuna, who played Ro-hee, actually is. Thanks to her, I enjoyed going to the set.

Kmania MY : As you have starred in several dramas this year, how does this character differ from your previous characters, such as Jae-won from Not Others, and what can viewers expect or look out for when watching this drama? 

Park Sung-hoon: I think it is a great blessing as an actor to be able to play a different character in each work. There are viewers who loved my previous series and loved the character, so it’s a driving force to be able to continue to act and move forward. Sometimes it’s a villain role, sometimes a good guy role, but actors face viewers with new faces and characters in each work, so I hope you can see and sympathize with the characters in the work. I played the role of Eun Jae-won, the head of a police station in my previous series, “Not Others,” and this time I have a similar but different detective role. He takes the lead in solving the case and encounters action here and there, so I think it has a more rhythmical charm.

Kmania MY : What is so special about “The Kidnapping Day” to you? 

Park Sung-hoon: “The Kidnapping Day” is special to me because there is a synergy created by good actors. In addition, there is a lot of foreshadowing from the first episode onwards, so if you watch each scene carefully, I humbly predict that everything will feel new to viewers. Please look forward to the new genre called “Comic Buddy Thriller.”

Kmania MY : What was it like to play a detective role? Did you have any memorable or challenging scenes during filming? 

Park Sung-hoon: While acting, you can experience various jobs, and this time I was able to feel grateful for the hard work of detectives who are struggling both inside and outside the field. I tried to express it realistically so as not to cause any harm to their occupation, but Sang-yun comes out wearing a leather jacket as a way to express the character.

One day, in the middle of summer, it was considerably hot because of the leather jacket I was wearing to shoot a chase scene. Still, all of the staff worked hard to film it in a spectacular way, and I hope that viewers will enjoy it.

-End of interview-

loading...