Nampaknya Kang You Seok akan menyertai Go Yoon Jung dan Shin Si Ah untuk drama spin-off “Hospital Playlist”!
Pada 25 September, media melaporkan Kang You Seok sah membintangi “A Life of a Resident That Will Be Wise Someday” (tajuk awal) sebagai residen Obstetrik dan Ginekologi tahun pertama di Pusat Perubatan Yulje cawangan Jongro.
Setelah memulakan kerjaya lakonannya pada 2018 menerusi drama “God’s Quiz: Reboot,” Kang You Seok meluaskan spektrum lakonannya dengan membintangi pelbagai projek drama termasuk “Dr. Romantic 2,” “Once Again,” “Light On Me,” dan “Growing Season.” Baru-baru ini, Kang You Seok dipuji ramai atas lakonannya yang mengagumkan sebagai Sa Wol dalam siri Netflix “Black Knight” . Dia berjaya mendapatkan peranan itu selepas memenangi uji bakat dengan kemungkinan 1500 berbanding 1. Jangkaan tinggi diletakkan kepada Kang You Seok untuk transformasi lakonannya dan keserasian bersama Go Yoon Jung dan Shin Si Ah.
Terdahulu, Go Yoon Jung yang sebelum ini membintangi drama hit “Moving” dan Shin Si Ah telah menyatakan persetujuan mereka untuk membintangi drama spin-off ini. Kedua mereka juga akan membawakan watak sebagai residen Obstetrik dan Ginekologi tahun pertama di Pusat Perubatan Yulje cawangan Jongro.
Pengarah Shin Won Ho dan penulis Lee Woo Jung, yang menghasilkan siri “Reply” dan siri “Hospital Playlist”, akan mengambil bahagian sebagai pencipta dalam drama baharu itu.
Sebagai drama spin-off “Hospital Playlist,” “A Life of a Resident That Will Be Wise Someday” akan menggambarkan keadaan dan kehidupan di hospital yang realistik serta persahabatan yang penuh bergelora antara doktor residen dengan penghuni hospital yang lain.
“A Life of a Resident That Will Be Wise Someday” dijadualkan ditayangkan pada separuh pertama tahun 2024.