Dah sampai seru, pelakon Lee Sang Yeob akan kahwini kekasih bukan selebriti Mac depan

Nampaknya makin ramai pelakon lelaki Korea yang akan meninggalkan ‘title’ lelaki solo. Terbaru, Lee Sang Yeob juga dilaporkan akan berkahwin.

Pada 25 September, Sports Seoul melaporkan bahawa Lee Sang Yeob akan berkahwin dengan teman wanita bukan selebritinya pada Mac tahun depan.

Menjawab kepada laporan itu, agensi Lee Sang Yeob mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello. Ini adalah agensi pelakon Lee Sang Yeob, UB Management Group.

Kami ingin menyampaikan pendirian kami berhubung laporan perkahwinan pelakon Lee Sang Yeob mulai hari ini.

Seperti yang dilaporkan hari ini, memang benar Lee Sang Yeob kini sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan dengan bakal pengantin perempuannya yang bukan selebriti pada Mac tahun depan.

Walau bagaimanapun, memandangkan mereka baru di awal progress persiapan majlis perkahwinan, kami harap anda faham yang kami tak dapat nak salurkan maklumat yang lebih lanjut. Kami akan memaklumkan perkembangan mengenai majlis perkahwinan Lee Sang Yeob setelah semuanya telah dimuktamadkan.

Terima kasih.

Lee Sang Yeob, 40 tahun memulakan kerjaya lakonannya pada tahun  2007 menerusi drama “A Happy Woman”. Selepas itu, Lee Sang Yeob telah membintangi pelbagai projek termasuk “Eve,” “On the Verge of Insanity,” “While You Were Sleeping” dan “Once Again. ” Manakala drama terbarunya  “My Lovely Boxer” kini masih bersiaran.

Sumber : 1

loading...