Selepas konsert ‘D-Day The Final’ Suga BTS kini siap siaga untuk mulakan khidmat tentera

Suga sedang bersiap sedia untuk memulakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya.

Pada 7 Ogos, BIGHIT MUSIC mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Hello.

Ini BIGHIT MUSIC.

Kami ingin memaklumkan peminat bahawa Suga telah memulakan proses pendaftaran ketenteraan dengan memohon penamatan penangguhan pendaftarannya.

Kami akan memaklumkan kepada anda berkaitan kemas kini selanjutnya dalam masa terdekat.

Kami memohon kasih sayang dan sokongan berterusan anda kepada Suga sehingga dia menamatkan perkhidmatan tenteranya dan kembali semula dalam keadaan yang baik. Syarikat kami tidak akan pernah berhenti untuk memberikan sokongan kepada artis kami.

Terima kasih.

Terdahulu pada Pada 4, 5 dan 6 Ogos, Suga  telah mengadakan konsert encore “‘D-DAY’ THE FINAL” di KSPO Dome di Seoul selama tiga hari berturut-turut.

Setiap malam persembahan dikejutkan dengan kehadiran ahli BTS yang berbeza sebagai tanda sokongan kepada Suga. Jungkook tanpa diduga naik ke pentas pada hari pertama, Jimin pada hari kedua dan RM pada hari ketiga.

Sementara itu, Jin dan J-Hope yang mana kedua-duanya sedang berkhidmat dalam tentera turut menggembirakan peminat dengan hadir bersama-sama sebagai penonton dimalam terakhir persembahan Suga pada 6 Ogos.

Apapun, nantikan kemaskini selanjutnya tentang perkhidmatan tentera wajib Suga!

Sumber : 1   |