Disney Dan HYBE Bekerjasama Untuk Membawa Kandungan BTS Kepada Penonton Global

Syarikat Walt Disney Asia Pasifik dan HYBE hari ini mengumumkan kerjasama kandungan global yang dihasilkan oleh kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam membawa karya kreatif berkualiti daripada industri muzik dan hiburan Korea Selatan ke persada dunia.

Termasuk dalam kerjasama ini ialah pelancaran global lima kandungan utama daripada HYBE, termasuk dua siri eksklusif yang menampilkan ikon muzik pop abad ke-21 BTS, yang akan ditayangkan di Disney+ Hotstar.

KUALA LUMPUR (12 Julai 2022) – Syarikat Walt Disney Asia Pasifik dan HYBE hari ini mengumumkan kerjasama kandungan global yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat bekerjasama untuk mempamerkan kecemerlangan kreatif daripada industri muzik dan hiburan Korea Selatan ke persada dunia. Perjanjian itu termasuklah pengedaran global lima tajuk kandungan utama daripada HYBE, yang turut melibatkan dua siri eksklusif yang menampilkan ikon pop abad ke-21, BTS yang akan dilancarkan menerusi perkhidmatan penstriman Disney.

“Kami sangat senang dapat bekerjasama dengan HYBE untuk mempersembahkan kandungan asli karya daripada pencipta IP (Intellectual Property / Harta Intelek) muzik yang sangat kuat dalam perkhidmatan penstriman global kami, termasuk Disney+ Hotstar. Kolaborasi ini merepresentasikan cita-cita kreatif kami, iaitu bekerjasama dengan pencipta ikonik dan bintang-bintang ternama di Asia Pasifik agar bakat mereka dapat dinikmati oleh ramai penonton dalam pelbagai cara. Kami yakin, tayangan-tayangan ini dapat menarik hati pelanggan di seluruh dunia, dan kami juga tidak sabar untuk menghadirkan lebih banyak kandungan muzik di platform kami.” ujar Jessica Kam-Engle, Ketua Kandungan APAC, Syarikat Walt Disney.

“Ini akan menjadi permulaan kerjasama jangka panjang, di mana kami mempersembahkan pelbagai kandungan HYBE kepada peminat di seluruh dunia yang menyukai muzik dan artis kami,” kata Park Ji-won, Ketua Pegawai Eksekutif HYBE. “Syarikat Walt Disney mempunyai sejarah panjang dalam memfrancaiskan dan mempromosikan pencipta dalam industri muzik, dengan jenama dan platform mereka yang tiada tandingannya.”

Tiga daripada projek HYBE yang akan tersedia pada perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar termasuk:

BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA

Filem konsert sinematik eksklusif 4K ini menampilkan persembahan secara langsung BTS di Stadium Sofi Los Angeles pada November 2021. Mempersembahkan lagu popular “Butter” dan “Permission to Dance,” ini adalah kali pertama dalam tempoh dua tahun sejak pandemik di mana kumpulan ini bertemu peminat secara peribadi.

IN THE SOOP : Friendcation

Program rancangan realiti perjalanan yang menampilkan bintang Korea Selatan seperti V dari BTS, Park Seo-joon (Itaewon Class), Choi Woo-shik (Parasite), Park Hyung-sik, dan Peakboy. Program ini menunjukkan sekumpulan rakan menikmati percutian yang mengejutkan dan keseronokan yang berlaku sepanjang perjalanan.

BTS MONUMENTS: BEYOND THE STAR

Siri dokumen asal ini mengikuti perjalanan luar biasa ikon pop abad ke-21 BTS. Dengan akses yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada perpustakaan muzik dan rakaman yang luas sepanjang sembilan tahun yang lalu, siri ini akan memaparkan kehidupan harian, pemikiran dan rancangan ahli BTS, sambil mereka bersedia untuk bab kedua mereka. Siri dokumen itu akan tersedia secara eksklusif pada perkhidmatan penstriman Disney tahun depan.

Kerjasama strategik ini akan membolehkan Disney memperkenalkan satu siri tajuk baharu daripada HYBE dalam beberapa tahun akan datang, kerana platform hiburan itu terus menghasilkan kandungan berkualiti tinggi berdasarkan IP muzik dan artisnya.

loading...