SBS umum 41 peserta rancangan survival terbaru ‘Universe ticket’, termasuk Alyssa peserta dari Malaysia

Rancangan uji bakat girl group akan datang ‘Universe Ticket’ telah mendedahkan separuh daripada peserta keseluruhan!

‘Universe Ticket’ telah berkongsi sejumlah 41 daripada 82 peserta dalam rancangan survival baharu SBS itu. Hanya 8 peserta akan dipilih diakhir rancangan untuk membentuk global girl group baru yang akan dipromosikan di bawah F&F Entertainment selama 2 tahun 6 bulan.

Bekas ahli kumpulan DIA Kwon Chaewon (Eunchae) dan penyanyi trot Lim Seowon adalah antara wajah yang dikenali dalam kumpulan pertama peserta ‘Universe Ticket’ ini. Namun, apa yang lebih menarik dan membanggakan adalah salah seorang peserta”Universe Ticket” berasal dari Malaysia, iaitu Alyssa. Jadi, jom tunjukkan sokongan dan berikan semangat kita terhadap satu-satunya peserta dari Malaysia dalam perjalanannya merebut peluang untuk debut sebagai girl group yang baru.

Alyssa peserta dari Malaysia yang menyertai “Universe Ticket”

Jom semak senarai 41 peserta pertama seperti di bawah:

1. Gabi – Kanada
2. Kwon Eunhyung – Korea
3. Kwon Chaewon – Korea
4. Kim Seoyeon – Korea
5. Kim Soyul – Korea
6. Kim Soo Bin – Korea
7. Kim Hyo Jin – Korea
8. Nana – Jepun
9. Nako – Jepun
10. Noh Hyeonwoo
11. Laura – Australia
12. Riel – Myanmar
13. Mei – Thailand
14. Minari – Jepun
15. Mila – Perancis, Jepun
16. Vanesya – Indonesia
17. Park Yehyeon – Korea
18. Bang Yunha – Korea
19. Vulindan – Vietnam
20. Xiaoyu – China
21. Ayana Tsumi – Filipina
22. Yamaguchi Yuriko – Jepun
23. Alyssa – Malaysia
24. Yang Eugene – Korea
25. Oh Daeun – Korea
26. Yu – Jepun
27. Yoo Sooin – Korea
28. Lee Soovin – Korea
29. Lee Suan – Korea
30. Lim Seo Won – Korea
31. Jang Subin – Korea
32. Jang Sua – Korea
33. Jeon Jin Young – Korea
34. Jung Jiwon – Korea
35. Jayla – Jepun
36. Gehlee Dangca – Filipina
37. Cho Chaeyoung – Korea
38. Choi Sung Eun – Korea
39. Choi Yeo Jin – Korea
40. Choi Hyerin – Korea
41. Heo Sunbin – Korea

Baki 41 lagi peserta rancangan ini akan didedahkan pada 17 Julai.

Ujibakat untuk “Universe Ticket” bermula pada 2 Mac 2023 dan ditutup pada 30 April 2023 yang lalu. Peserta dari pelbagai negara telah diminta mendaftar secara dalam talian. Kriterianya yang diperlukan adalah ialah gadis yang lahir sebelum 2011 dan dikehendaki menghantar video yang menunjukkan bakat mereka.

“Universe Ticket” diterbitkan oleh Lee Hwan-jin, yang jugaorang kuat di belakang rancangan pelbagai popular SBS “Running Man”dan program uji bakat boy group “Loud” (2021).

“Saya telah melihat melalui pelbagai program uji bakat yang disiarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan semuanya mempunyai kebaikan dan keburukan mereka. Kami menyasarkan untuk memaksimumkan kebaikan dan mencari cara untuk meminimumkan keburukan,” kata Lee.

“Kami merancang untuk memperkenalkan dan menekankan sistem pengundian di mana pelatih sendiri membuang undi, untuk mengimbangi isu dalam rancangan uji bakat konvensional, di mana pelatih tertentu digemari atau disunting. Ini adalah untuk membuat penonton menilai pelatih, bukan berdasarkan kemahiran mereka yang dibentuk dalam latihan sengit jangka pendek, tetapi dengan kemahiran asas, melalui fokus pada personaliti sebenar, kerja berpasukan dan ketekunan pelatih.”

F&F Entertainment ialah anak syarikat yang ditubuhkan oleh syarikat fesyen F&F pada 2023, terkenal dengan pakaian berjenama MLB dan Discovery mereka.

‘Universe Ticket’ dijangka akan mula ditayangkan pada November ini. Jom tonton teaser rancangan ini dulu.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...