Kronologi isu panas antara Baekhyun, Xiumin, Chen EXO dengan SM Entertainment

Pada semalam (1 Jun 2023), Baekhyun, Xiumin dan Chen telah memfailkan notis penamatan kontrak eksklusif mereka dengan SM Entertainment.

Menurut peguam Lee Je-hyuk dari firma guaman LIN (selepas ini disebut LIN) yang mewakili ketiga-tiganya, mereka telah menghantar 7 permintaan untuk mendapatkan dokumen pendapatan dan pembayaran ketiga-tiga artis itu dari Mac hingga Mei.

Chen, Baekhyun dan Xiumin percaya terdapat perkara yang meragukan tentang pendapatan mereka. Jadi mereka memilih untuk mendapatkan rekod pengiraan pendapatan syarikat yang telus di mana ianya merupakan salah satu hak mereka sebagai artis. Bagaimanapun, SM Entertainment didakwa enggan memberikan maklumat tersebut kepada mereka bertiga.

Kontrak Tidak Munasabah 

Selain itu, LIN juga menyatakan bahawa SM Entertainment mendesak artis mereka menandatangani kontrak eksklusif jangka panjang iaitu antara 12 hingga 13 tahun. Baru-baru ini, syarikat itu turut menuntut artisnya menyambung kontrak lagi namun secara tergesa-gesa, dengan tujuan menyambung kontrak kepada sekurang-kurangnya 17 hingga 18 tahun.

Baekhyun, Xiumin dan Chen berpendapat bahawa SM Entertainment, dengan menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai agensi hiburan utama, terus mengenakan “kontrak perhambaan” yang tidak adil kepada artisnya, sekaligus melanggar undang-undang sedia ada mengenai kontrak eksklusif dalam industri hiburan.

Baca juga : Kenyataan peguam Baekhyun, Xiumin, & Chen EXO berkenaan konflik dengan SM

Oleh itu, artis-artis ini telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap “kontrak perhambaan” buatan SM Entertainment dan juga bertindak sebagai jurucakap kepada ramai artis lain di bawah agensi itu yang menghadapi situasi yang sama.

Keputusan ini diambil dengan harapan mereka dapat melindungi hak artis dan memperjuangkan keadilan dalam industri hiburan. Mereka berharap dengan tindakan undang-undang ini akan memberi kesedaran dan menjadi tanda aras dalam mengatasi isu kontrak eksklusif yang tidak adil dalam dunia hiburan.

Kenyataan Rasmi dari SM Entertainment – Adanya desakan pihak ke-3 terhadap artis

SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai tindak balas kepada notis undang-undang yang diterima pada 1 Jun KST, di mana ahli EXO iaitu Baekhyun, Xiumin, dan Chen berniat untuk menamatkan kontrak eksklusif mereka dengan agensi tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, mereka kini dalam proses menyalurkan usaha kami ke fasa baharu SM Entertainment. Dalam pada itu, SM sedang menghadapi masalah dengan pihak luar yang mendekati artis-artis mereka dengan tawaran palsu dan tidak rasional. Pihak luar tersebut menggunakan fitnah dan penghinaan untuk memaksa artis-artis agar melanggar kontrak eksklusif mereka atau menandatangani kontrak dengan agensi lain.

Tambahan pula, pihak luar tidak berhenti dengan hanya menarik satu atau dua artis untuk melanggar kontrak mereka, bahkan menggunakan artis yang telah mereka hubungi untuk mendapatkan lebih ramai artis agensi kami. Jadi tidak hairan kalau mereka menjalin hubungan dengan lebih banyak artis dan agensi untuk mencapai tujuan mereka.

SM Entertainment menegaskan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang dengan kadar yang segera. Mereka menyedari bahawa kegiatan pihak luar ini dapat merosak reputasi artis-artis mereka dan menimbulkan kesan negatif pada masa depan mereka kalau ianya dibiarkan berlarutan.

Kenyataan Rasmi ke-2 SM Entertainment – rekod pendapatan boleh disemak pada bila-bila masa

SM berkata bahawa data pembayaran wang boleh diakses oleh artis mereka pada bila-bila masa, dan semasa pembaharuan kontrak tidak pernah ada sebarang aduan daripada artis. Bahkan, artis telah menerima bayaran selama bertahun-tahun di bawah syarat di mana laporan boleh disemak pada bila-bila masa, dan mereka tidak mengemukakan sebarang aduan semasa proses pembayaran.

Bagaimanapun, SM merungut tentang sikap tiga artis itu yang berubah secara tiba-tiba dan membuatkan agensi itu mengesyaki isu ini dibangkitkan kerana mereka memeterai perjanjian perniagaan dengan pihak ketiga.

SM juga berkata bahawa mereka memastikan setiap proses menandatangani kontrak dengan artis, sentiasa ada peguam dan akauntan yang bertauliah yang telah dipilih agensi tersebut. Perbincangan setiap titik persetujuan dalam kontrak itu dilakukan secara teliti “perkataan demi perkataan” oleh semua pihak, baik syarikat mahupun wakil artis.

Agensi K-Pop gergasi itu juga berkata bahawa mereka telah menandatangani kontrak baharu dengan tujuh ahli EXO pada 30 Disember 2022. Tetapi kini tiga daripada mereka sebaliknya berniat untuk menamatkan kontrak mereka.

Disebabkan itu, SM Entertainment “meminta bukti untuk membuktikan bahawa artis tidak menandatangani beberapa kontrak eksklusif, dengan itu melanggar kontrak eksklusif mereka yang sedia ada,” namun, bukannya jawapan kepada permintaan ini, malah wakil guaman sah Baekhyun, Xiumin, dan Chen mengambil tindakan dengan memfailkan penamatan kontrak eksklusif ketiga-tiga mereka.

Dalam pada itu,SM Entertainment menegaskan bahawa “Matlamat terbesar kami adalah untuk melindungi EXO dan peminat yang menyayangi dan menyokong EXO tanpa had, dan lebih-lebih lagi, untuk melindungi semua artis kami.

Kenyataan Balas Wakil Guaman Baekhyun, Xiumin & Chen terhadap SM Entertainment berhubung dakwaan pembayaran tidak telus.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam mereka, Lee Jae-hak, ketiga-tiga artis itu menafikan dakwaan menandatangani beberapa kontrak dengan pihak lain selain SM. Peguam itu turut mendakwa SM mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa (Membuat beberapa kontrak dengan pihak lain) bagi mengelak daripada isu membuat tuntutan palsu.

Jae-hak sebagai peguam juga menafikan dakwaan SM bahawa mereka dihasut oleh orang luar. Baekhyun, Xiumin, dan Chen dikatakan tertekan hingga risau dengan kenyataan itu. Peguam itu turut mempersoalkan sikap SM Entertainment yang terus bercakap mengenai pihak luar. Tegasnya, ketiga-tiga artis itu sudah dewasa dan ingin meluahkan keresahan yang telah lama terpendam.

Sebaliknya, keputusan untuk menamatkan kontrak yang dikemukakan suatu ketika dahulu juga dipersetujui berdasarkan pertimbangan yang teliti.

“Mereka telah merasakan beberapa keraguan selama ini, juga mengumpulkan keberanian dan menganggap keraguan yang wujud sejak mereka menjadi pelatih hanya boleh diluahkan sekarang. Artis kami banyak mendengar daripada orang disekeliling mereka tentang baik-buruk dan apa yang mereka perlu lakukan untuk mencari penyelesaian yang bijak ,” kata Jae-hak.

Kenyataan balas itu adalah sebagai tindak balas kepada respons SM Entertainment terhadap kem Baekhyun, Xiumin, dan Chen EXO. Dalam kenyataan sebelum ini, SM menuduh pihak luar menghasut tiga artis berkenaan.

Menurut Jae-hak lagi, “Firma guaman ini secara konsisten meminta akses kepada salinan pendapatan dan baki kewangan pelanggan kami bagi pihak artis; namun, SM Entertainment terus-menerus menolak permintaan itu, dengan itu memberi alasan undang-undang kepada artis untuk menamatkan kontrak eksklusif mereka. Ini adalah kebenaran penting kejadian ini.”

Tetap Mahu Bersama EXO meskipun meninggalkan SM Entertainment

Baekhyun, Xiumin dan Chen menyatakan bahawa mereka akan cuba kekal aktif sebagai ahli EXO walaupun mereka akan menamatkan kontrak eksklusif mereka dengan SM Entertainment.

Perancangan ini, kata wakil guaman artis juga telah dibincangkan dalam proses rundingan dengan SM Entertainment sebelum nasib kontrak eksklusif mereka dengan agensi itu diputuskan. LIN memaklumkan ketiga mereka sedang mencari jalan untuk setia meneruskan aktiviti EXO bersama ahli lain meski tidak lagi bersama SM.

Malah, semasa proses rundingan dengan SM sebelum menamatkan kontrak eksklusif mereka, artis terlebih dahulu mencadangkan idea untuk meneruskan aktiviti EXO walaupun Baekhyun, Chen, dan Xiumin meninggalkan SM. Walau bagaimana pun kesudahan isu perundangan pada masa hadapan, mereka akan meneruskan aktiviti mereka sebagai EXO dengan tekun dan sepenuh hati.

Sumber : 1 | 2 | 3| 4 | 5

loading...