Ini maklumbalas tvN berkaitan siri prekuel “Hospital Playlist”

tvN telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai prekuel untuk “Hospital Playlist.”

Pada 1 Jun, STARNEWS melaporkan bahawa siri popular tvN “Hospital Playlist” akan kembali dengan siri prekuel di mana pengarah penerbitan (PD) Shin Won Ho, yang menerajui siri itu, akan menyertai pasukan produksi. Laporan itu menyatakan bahawa prekuel itu akan berkisar pada zaman kolej kelima-lima watak utama “Hospital Playlist” yang dilakonkan oleh Jo Jung Suk, Jeon Mi Do, Jung Kyung Ho, Yoo Yeon Seok, dan Kim Dae Myung, dengan menggunakan pelakon yang berbeza untuk menggambarkan mereka yang lebih muda.

Bagaimanapun, tvN berkongsi sebagai respons kepada laporan itu, “Betul, ada satu drama yang kami tengah rancang dengan PD Shin Won Ho. Tetapi ia bukan prekuel atau spin-off ‘Playlist Hospital’ sama sekali.” Mereka menambah, “Kami kini sedang dalam proses uji bakat pelakon dan semuanya masih diperingkat awal.

Siri “Hospital Playlist” adalah tentang kehidupan lima doktor yang bekerja di hospital yang sama dan berkawan sejak zaman sekolah perubatan mereka. Musim 1 disiarkan pada 2020 diikuti Musim 2 pada 2021, dan kedua-dua tayangan memuncak dengan rating penonton sebanyak 14.1% pada tayangan episode terakhir.

Sumber : 1 | 2

loading...