C.A.P tinggalkan TEEN TOP ekoran isu kontroversi & agensi umum TEEN TOP kini berempat

Pada hari 11 Mei, agensi Top Media dan C.A.P sendiri mengumumkan pemergiannya dari TEEN TOP.  Untuk hari yang mendatang, Teen Top kini akan diteruskan dengan empat orang ahli iaitu Chunji, Niel, Ricky dan Chang Jo.

Menurut agensi itu lagi, keputusan dibuat selepas berbincang dengan semua ahli kumpulan dan C.A.P mengisytiharkan pemergiannya daripada TEEN TOP.

Berikut adalah kenyataan media yang dikongsikan oleh Top Media:

Pertama sekali, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat yang begitu menyayangi Teen Top. Selepas berbincang dengan kesemua ahli Teen Top, diputuskan bahawa C.A.P akan meninggalkan kumpulan itu dan kontrak eksklusifnya tamat berkuat kuasa hari ini (11 Mei). Oleh itu,TEEN TOP akan bergiat aktif dengan empat ahli mulai sekarang.

Kami ingin memohon maaf sekali lagi kerana menyusahkan ramai orang dengan kata-kata dan tindakan C.A.P yang terburu-buru. Kami juga berasa bertanggungjawab untuk perkara ini dan kami berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menguruskan artis kami. Kami akan mengeluarkan satu lagi notis selepas membincangkan butiran mengenai kemunculan semula TEEN TOP bersama ahli. Terima kasih.

Dalam pada itu, C.A.P menerusi akaun Instagram peribadinya memohon maaf dan menyampaikan keputusannya untuk meninggalkan Teen Top. Pemilik nama Bang Minsoo yang juga leader kumpulan TEEN TOP itu menyedari kontroversi itu tercetus kerana tindakannya dan rasa bersalah terhadap mereka yang menyokongnya.

C.A.P mencetuskan kontroversi apabila dia merokok  ketika dia sedang membuat siaran langsung di saluran YouTubenya, 뱃보이 (Bad Boy). Tindakannya itu membuat netizen berasa kurang senang sehingga seorang penonton menegurnya dan memintanya berhenti merokok, namun tidak diendahkan. Bukan itu sahaja, dia turut melemparkan kata-kata pedas sehingga mengugut untuk tidak menyertai kemunculan semula TEEN TOP yang akan datang.

Ini adalah kenyataan penuh daripada C.A.P

Hello, ini Bang Minsoo. Sebelum meneruskan, saya ingin memohon maaf kepada ramai pihak yang terguris hati dengan kata-kata dan perbuatan saya. Walaupun saya sedar akan ada kontroversi, saya hanya memikirkan diri sendiri dan bertindak mementingkan diri sendiri.

Selain berasa kasihan kepada semua peminat yang mempercayai dan menyokongnya, Saya ingin memohon maaf kepada ahli Teen Top kerana saya telah menghabiskan masa yang lama dan lebih rapat daripada saudara. Saya juga merasakan adalah tidak adil jika ahli lain terpengaruh dengan tindakan saya.

Saya rasa saya sudah lama memakai pakaian yang tidak sesuai dengan saya. Saya mahu menanggalkannya, jadi saya mula melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ini salah saya dan hanya saya yang bersalah. Tiada lagi alasan untuk saya menidakkannya.

Saya harap tidak ada lagi sebarang permasalahan kepada TEEN TOP, ahli dan kakitangan syarikat yang telah bekerja keras untuk kemunculan semula. Saya dengan ikhlas memohon maaf. Terima kasih kerana menyayangi C.A.P TEEN TOP sehingga kini. Terima kasih banyak-banyak.

Seperti yang diketahui, TEEN TOP yang bakal ke Malaysia untuk “K-POP Mega Concert” pada 27 Mei ini merancang untuk membuat kemunculan semula pada Julai nanti. TEEN TOP ialah kumpulan lelaki Korea yang sebelum ini dikenali dengan beberapa lagu seperti “Supa Luv”, “Miss Right”, “To You”, “No More Perfume On You”, “Going Crazy”, “Be Ma Girl”, hingga “Rocking”.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...