Rocky rasmi tinggalkan kumpulan ASTRO dan label Fantagio

Rocky secara rasminya telah meninggalkan ASTRO dan label kumpulan itu, Fantagio.

Berita itu timbul selepas khabar angin Rocky menghentikan aktiviti hiburannya pada November lalu serta pengesahan Jinjin, Cha Eun Woo, Moonbin, dan Sanha yang telah memperbaharui kontrak mereka dengan Fantagio.

Pada 28 Februari, Fantagio secara rasmi mengumumkan bahawa Rocky ASTRO telah meninggalkan agensi itu melalui pengumuman rasmi yang dikeluarkan agensi terbabit. Menerusi pengumuman ini, agensi tersebut menyatakan bahawa kontrak mereka bersama Rocky kini telah tamat secara rasmi.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada agensi Fantagio:

Helo, ini Fantagio.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyayangi dan menyokong ASTRO.

Selepas beberapa siri perbualan yang panjang dengan Rocky yang telah menjadi sebahagian daripada ASTRO sejak tujuh tahun lalu, telah diputuskan bahawa Rocky akan menamatkan aktivitinya sebagai ahli ASTRO dan menamatkan kontraknya dengan Fantagio.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Rocky kerana telah melakukan yang terbaik sebagai ahli ASTRO selama ini dan kami akan terus menyokongnya pada masa akan datang.

Terima kasih kepada peminat yang telah menyokong dan menonton Rocky. Sila teruskan menunjukkan minat dan sokongan berterusan anda untuk Rocky, yang akan membuat permulaan baru.

Pada masa hadapan, ASTRO akan diteruskan sebagai kumpulan dengan lima ahli dan ahli akan memberi tumpuan kepada aktiviti solo, unit dan kumpulan.

Kami akan menyokong mereka supaya mereka boleh bergiat dalam pelbagai bidang dalam industi seni ini.  Sila teruskan menunjukkan minat dan sokongan anda kepada ahli ASTRO.

Terima kasih.

Sebaik sahaja pengumuman itu keluar, Rocky singgah ke fancafe untuk memberitahu peminatnya tentang perasaannya. Selain memohon maaf kerana tidak lagi menjadi ahli ASTRO, dia berterima kasih atas sokongan peminat.

Hello, ini Rocky.

Saya menyapa peminat buat kali pertama selepas beberapa ketika. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memberi khabar gembira kepada semua orang, tetapi saya fikir adalah wajar untuk membiarkan AROHA menjadi orang pertama yang mendengar berita ini jadi saya ambil keputusan untuk menulis surat di sini.

Saya akan meninggalkan Fantagio, yang telah bersama saya selama 14 tahun dan akan menamatkan aktiviti saya dengan ASTRO. Sepanjang mempromosi sebagai Rocky ASTRO adalah sangat berharga bagi saya.

Saya sangat berterima kasih kepada ahli kumpulan yang telah bersama saya selama ini dan terutamanya AROHA, kekuatan terbesar saya.

Terima kasih kerana memberi saya banyak kekuatan dan dorongan sehingga saya boleh berkembang dan banyak belajar. Walau di mana saya berada, saya tidak akan melupakan kenangan bersama ahli lain serta AROHA dan akan menjaganya dengan baik. AROHA, terima kasih untuk segalanya sehingga kini

Sumber : 1 | 2

loading...