Temui MCND dikonsert & dan sesi bertemu peminat di Johor Bahru pada 19 Februari ini

Tidak hanya beraksi untuk K-Pop Mega Konsert di Surf Beach, Sunway Lagoon, MCND akan meluaskan jelajahnya ke negeri Johor untuk bertemu dengan GEM (kelab peminat). Kumpulan yang dianggotai oleh Castle J, Bic, Minjae, Huijun, dan Win akan mengadakan konsert pertemuan peminat pertama mereka di Malaysia pada 19 Februari, 6.30 petang bertempat di PERMAISURI ZARITH SOFIAH OPERA HOUSE JOHOR BAHRU.

Untuk makluman, MCND ialah akronim bagi “Music Creates New Dream”. Sebelum ini, MCND pernah mengeluarkan lagu pra-debut dan MV bertajuk ‘Top Gang’ dan berjaya membuatkan ramai orang kagum. Kumpulan ini mula debut pada 27 Februari 2020 di bawah label TOP Media dengan EP “Into the Ice Age” dan single utamanya “Ice Age”. Antara projek terbaru kumpulan ini adalah meriliskan EP kelima mereka “The Earth: Secret Mission Chapter.2” dan single utamanya “#Mood” pada Julai 2022.

Kumpulan ini dilihat memfokuskan kepada genre hip hop, dan telah berjaya mencipta imej yang sangat swag serta menarik perhatian ramai. Sudah pasti para peminat mereka di Malaysia terutamanya, tidak sabar untuk menyaksikan mereka secara langsung. Selain membuat persembahan, MCND juga akan melawat pasar malam di R&F Mall Johor Bahru. Jadi, anda berpeluang untuk memperkenalkan makanan yang enak kepada mereka selain berjalan bersama menyusuri pasar malam itu.

Oleh yang demikian, peminat yang berada disekitar JB khasnya, dapatkan peluang untuk menyanyi, menari dan berinteraksi dengan oppa dalam acara sekali seumur hidup ini. Pembeli tiket VIP akan menikmati faedah luar biasa termasuk peluang untuk mendapatkan poster MCND yang ditandatangani, 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk bergambar dengan ahli MCND, dan menyertai sesi high-five juga! Pembeli zon Gold dan Silver juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri! Tiket-tiket berharga seperti berikut; VIP (RM310), Gold (RM195), dan Silver (Rm125) [tidak termasuk yuran tempahan RM5] kini boleh didapati di www.ticket2u.com.my.

Setiap tiket yang dijual akan memberikan anda pelbagai pengalaman yang akan dibawakan kepada anda hanya oleh Starex Global. Untuk butiran lanjut, sila layari laman media sosial rasmi Starex Global di FB, IG dan Twitter.

loading...