Februari ini tawarkan 7 lagi drama Korea terbaru untuk tontonan anda

Chinguu, Annyeong!! As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama untuk tayangan Februari 2023.

Well, sepanjang Februari ini, ada 7 drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang. So, let’s check it out the list.

1. Our Blooming Youth

 

  • Tarikh Tayangan: 6 Februari 2023
  • Penyiar: tvN
  • Barisan Pelakon: Park Hyung Sik, Jeon So Nee, Pyo Ye Jin, Yun Jong Seok

“Our Blooming Youth” membawa tema sejarah, mengisahkan seorang putera raja yang menderita akibat sumpahan misteri dan seorang wanita genius yang dituduh membunuh ahli keluarganya. Percintaan mereka berkembang apabila Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung Sik) menyelamatkan Min Jae Yi (Jeon So Nee) daripada tuduhan palsunya dan Min Jae Yi menyelamatkan Lee Hwan daripada sumpahannya.

2. Love To Hate You

  • Tarikh Tayangan: 10 Februari 2023
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Ok Bin, Yoo Tae Oh, Go Won Hee, Kim Ji Hoon

Bagi peguam yang enggan kalah kepada lelaki dan pelakon ternama yang sangsi terhadap wanita, cinta itu sia-sia — sehingga mereka terpaksa menjadi kekasih satu sama lain. “Love to Hate You” adalah drama bergenrekan komedi romantik yang akan bersiaran di Netflix.

Peguam Yeo Mi Ran (Kim Ok Bin), yang berpindah ke firma guaman yang bertanggungjawab ke atas litigasi selebriti, bertemu dengan Nam Kang Ho (Yoo Tae Oh), seorang pelakon terkenal dalam genre percintaan. Kedua-duanya, yang mempunyai salah faham tentang jantina, bertengkar antara satu sama lain sejak pertemuan pertama mereka. Hubungan antara Mi Ran dan Kang Ho, yang melihat antara satu sama lain menjengkelkan, menjadi renggang, menyebabkan mereka bercinta atas sebab mereka sendiri.

3. Big Bet 2

  • Tarikh Tayangan: 15 Februari 2023
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Choi Minsik, Sohn Seokgu, Lee Donghwi, Heo Sung Tae

Selepas menyaksikan perjuangan luar biasa seorang penguasa kasino bernama Cha Moosik pada musim pertama, perjalanan Moosik diteruskan pada musim kedua “Big Bet” apabila dia kembali untuk cuba menyelamatkan dirinya dan kehidupan yang telah dibinanya.

4. The Heavenly Idol

  • Tarikh Tayangan: 16 Februari 2023
  • Penyiar: tvN Asia Astro Ch 395 & Astro Go | Unifi TV Ch 211 – Setiap Khamis & Jumaat, 9.15 PM MYT
  • Penyiar: Viu Malaysia | Setiap Khamis & Jumaat
  • Barisan Pelakon: Kim Min Kyu, Go Bo Gyeol, Lee Jang Woo, Ye Ji Won

Diadaptasi daripada webtoon dan novel web popular, “The Heavenly Idol” mengisahkan tentang High Priest Rembrary, yang pada suatu hari tiba-tiba mendapati dirinya berada dalam tubuh idola yang tidak dikenali Woo Yeon Woo, ahli kumpulan Wild Animal. Kim Min Kyu akan membintangi drama ini sebagai High Priest Rembrary, manakala Go Bo Gyeol akan memainkan peranan sebagai pengurus Wild Animal dan peminat No. 1 Woo Yeon Woo, Kim Dal.

Plot fantasi ini akan membawa anda di mana High Priest Rembrary dari dunia lain bangun dalam tubuh idola yang tidak dikenali dengan misi untuk melawan raja syaitan. Tetapi adakah paderi itu dapat menempuh jalan pilihannya untuk melawan raja syaitan atau adakah perhatiannya akan dialihkan oleh sesuatu yang lain?

5. Taxi Driver 2

  • Tarikh Tayangan: 17 Februari 2023
  • Penyiar: Viu Malaysia | Setiap Jumaat & Sabtu
  • Barisan Pelakon: Lee Je Hoon, Pyo Ye Jin, Kim Eui Sang, Shin Jae Ha, Jang Hyun Jin, Bae Yoo Rim

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” adalah mengenai perkhidmatan teksi misteri (Rainbow Taxi) yang memberikan keadilan dan membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak mendapat bantuan daripada undang-undang. Selepas musim pertamanya berjaya dengan konsep menarik iaitu pemandu teksi yang berfungsi sebagai pemburu penjahat, siri ini akan kembali untuk musim kedua pada Februari 2023.

6. Call It Love

  • Tarikh Tayangan: 22 Februari 2023
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Lee Sung Kyung, Kim Young Kwang, Sung Joon, Hani

Apabila kehidupan Woojoo diputarbelitkan oleh perempuan simpanan bapanya, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya kembali dalam “Call It Love”.

Hancur selepas mengetahui kecurangan bapanya, keadaan Woojoo menjadi lebih teruk apabila bapanya tiba-tiba meninggal dunia dan perempuan simpanan bapanya menghalaunya keluar dari rumah. Ketika dia merancang untuk membalas dendam, Woojoo tidak tahu bahawa dia akan jatuh cinta dengan Dongjin, anak kepada wanita yang merosakkan hidupnya.

7. Island 2

  • Tarikh Tayangan: 24 Februari 2023
  • Penyiar: TVING
  • Barisan Pelakon: Kim Nam Gil, Lee Da Hee, Cha Eun Woo, Sung Joon

Drama yang berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Island” ialah drama eksorsisme/ritual fantasi yang berlaku di Pulau Jeju akan kembali untuk musim ke-2. Ia menggambarkan perjalanan sedih dan pelik watak-watak yang ditakdirkan untuk melawan kejahatan yang cuba memusnahkan dunia. Siri ini juga akan menyentuh tentang lagenda dan cerita rakyat destinasi pelancongan terkenal, di mana penonton boleh menikmati keindahan alam semula jadinya.

Pan (Kim Nam Gil), watak tragis yang berhadapan dengan kejahatan sebagai persediaan menghadapi akhir dunia tetapi tidak dapat bersama dengan manusia. Won Mi Ho (Lee Da Hee) seorang chaebol generasi ketiga dan seorang guru. Tanpa menyedari nasibnya, Won Mi Ho tanpa rela memulakan tempoh muhasabah diri di Pulau Jeju.

Cha Eun Woo akan berubah menjadi pengusir setan dan paderi Katolik bernama John yang mempunyai panggilan mulia untuk melindungi nyawa dan membersihkan kejahatan. Walau bagaimanapun, dia juga seorang tokoh yang menyimpan masa lalu yang mengerikan dan gelap. Sung Joon akan memegang watak Goong Tan, yang dibesarkan untuk membanteras kejahatan bersama Pan. Walau bagaimanapun, selepas satu peristiwa , Goong Tan mula menentang Pan, menambah kelainan dan ketegangan serta plot twist pada cerita itu.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...