Park Bo Gum akhirnya tandatangan kontrak dengan The Black Label

Pada 30 Januari, The Black Label secara rasmi mengumumkan, “Kami telah menandatangani kontrak pengurusan dengan Park Bo Gum, yang merupakan salah seorang pelakon terkemuka Korea Selatan dan yang telah menerima kasih sayang dan kepercayaan orang ramai menerusi bakat lakonannya samada diskrin kecil atau dilayar perak.”

Agensi itu meneruskan, “Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan pelakon Park Bo Gum, yang mana pengaruh globalnya melangkaui Korea. Memandangkan pelakon Park Bo Gum mempunyai pelbagai daya tarikan dan bakat, kami akan memaksimumkan penggunaan kekuatan dan pengetahuan The Black Label supaya dia dapat mendalami daya tarikannya dalam pelbagai bidang, termasuk sebagai pelakon. Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada [Park Bo Gum] di seluruh dunia.”

The Black Label, yang merupakan rumah pengurusan kepada artis seperti Taeyang BIGBANG, Jeon Somi dan Zion.T, kini dalam proses berkembang menjadi pengurusan pelakon juga.

Sumber : 1

loading...