Siri drama jenayah “Big Bet” kembali dengan musim ke-2 di Disney+ Hotstar 15 Februari ini

Kuala Lumpur – Pelakon lagenda Choi Minsik kembali ke kaca TV selepas lebih 25 tahun menerusi “Big Bet”. Siri jenayah Korea “Big Bet” ini akan kembali dengan musim ke-2 yang dijadualkan disiarkan pada 15 Februari 2023 .

Pada masa ini, “Big Bet” ialah siri original Disney+ Hotstar yang paling banyak ditonton di Disney+ di Korea (mengikut waktu penstriman).

Selepas menyaksikan perjuangan luar biasa seorang penguasa kasino bernama Cha Moosik pada musim pertama, perjalanan Moosik diteruskan pada musim kedua apabila dia kembali untuk cuba menyelamatkan dirinya dan kehidupan yang telah dibinanya.

“Big Bet” dibintangi oleh Choi Minsik sebagai tuan kasino yang berjaya Cha Moosik, Sohn Seokgu (My Liberation Notes, Romance Without Love), Lee Donghwi, (Extreme Job, New Year Blues, Method Acting, Reply 1988), serta Heo Sungtae (Squid Game, Adamas dan Hunt), dan diarahkan oleh Kang Yunsung (The Outlaws) – pemenang kategori Pengarah Baharu Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-54 dan Anugerah Seni Filem Chunsa ke-23.

Jangan lupa untuk strim tiga episod pertama musim kedua “Big Bet” secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 15 Februari.

loading...