[GEMPAR] iKON angkat kaki dari YG Entertainment

YG Entertainment mengumumkan bahawa kesemua enam ahli iKON akan meninggalkan agensi itu selepas tujun tahun bersama.

Pada 30 Disember, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut yang mengumumkan pemergian iKON:

Helo, ini YG Entertainment.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa selepas perbincangan yang panjang dengan ahli kumpulan iKON (Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Goo Junhoe, Kim Donghyuk, dan Jung Chanwoo) tentang aktiviti masa depan mereka,dan mengambil langkah menghormati pendapat masing-masing, kami bersetuju untuk menamatkan kontrak eksklusif selepas tamat tempoh kontrak mereka.

Enam ahli iKON sudah tentu akan meneruskan aktiviti mereka sebagai kumpulan “iKON” pada masa akan datang, dan kami juga ingin memberitahu anda bahawa mereka akan terus berkomunikasi dengan iKONIC [peminat iKON] melalui akaun media sosial rasmi, termasuk komuniti peminat rasmi mereka; Weverse, sama seperti mereka sekarang.

Kami amat berterima kasih kepada iKON, yang telah bersama kami sebagai salah seorang artis agensi kami sehingga kini. Kami menantikan aktiviti masa depan mereka dalam pelbagai bidang, dan akan terus menyokong mereka.

Selain itu, kami juga berterima kasih kepada iKONIC yang telah bersama-sama dengan kami sepanjang perjalanan kerjaya iKON. Kami harap anda semua akan terus menunjukkan minat dan memberi galakan tanpa jemu kepada mereka yang akan menempuh permulaan yang baru.

Terima kasih

Menurut laporan media pada hari ini, ahli iKON kini sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk promosi masa depan mereka, termasuk mencari agensi baharu bagi tujuan promosi individu selain merancang untuk menubuhkan label mereka sendiri untuk promosi berkumpulan.

iKON pertama kali memulakan kerjaya sebagai kumpulan dengan tujuh ahli di bawah YG Entertainment pada tahun 2015 dengan mengeluarkan pre-released single ‘My Type’ . Pada tahun 2019, B.I selaku ketua kumpulan telah meninggalkan iKON dan agensi itu.

Kami ucapkan Selamat maju jaya buat iKON.

Sumber :  YG | mk

loading...