Pelakon Kang Dong Won buat keputusan tinggalkan YG Entertainment

Selepas hampir tujuh tahun, Kang Dong Won kini tidak lagi bersama dengan YG Entertainment.

Pada 30 Disember, YG Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa Kang Dong Won telah meninggalkan agensi itu berikutan tamat kontrak eksklusifnya.

Kenyataan penuh agensi adalah seperti berikut:

Helo, ini YG Entertainment.

Selepas membincangkan perkara itu secara mendalam, YG Entertainment dan pelakon Kang Dong Won telah memutuskan untuk menamatkan pengurusan kami [dalam menguruskan semua aktivitinya].

Kami ingin mengucapkan terima kasih dan bersorak dengan ikhlas kepada pelakon Kang Dong Won, yang telah lama bersama kami.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memberikan kasih sayang mereka kepada Kang Dong Won, dan kami meminta anda untuk terus menunjukkan minat dan sokongan anda yang tidak bebelah bagi buat pelakon itu.

Apabila kontrak semasanya dengan YG Entertainment tamat, Kang Dong Won akan menjadi artis bebas (free agent), dan mungkin mencari agensi baharu untuk meneruskan promosinya pada tahun 2023.

Sementara itu, Kang Dong Won mula menandatangani kontrak sebagai artis dengan YG Entertainment pada 2016. Dia kemudian memperbaharui kontraknya pada 2020 dan 2021, dan antara projek terbarunya adalah membintangi filem ‘Broker’ bersama Song Kang Ho dan IU.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Kang Dong Won

loading...