BamBam GOT7 dan bekas pemain besbol Lee Dae Ho antara ahli baru yang akan muncul pdalan musim baharu variety show popular SBS “Master in the House”!
Seorang wakil SBS berkongsi bahawa BamBam dan Lee Dae Ho secara rasmi menyertai sebagai murid baharu dalam “Master in the House 2.”
“Master in the House,” yang mula disiarkan pada penghujung 2017, menampilkan perjumpaan dengan pelbagai “master” dalam bidang yang berbeza untuk belajar daripada mereka. Musim pertama rancangan itu berakhir pada bulan September, dan pada masa itu, ia dibarisi oleh Lee Seung Gi, Yang Se Hyung, Kim Dong Hyun, Eun Ji Won SECHSKIES, dan Doyoung NCT, menyertai ahli tetap rancangan itu pada bulan Julai. Musim 2 ini akan memberi tumpuan kepada pelbagai trend yang akan melanda 2023.
Menurut pihak produksi, enam ahli “Master in the House 2” menamatkan penggambaran pertama mereka dalam suasana yang menyenangkan seperti mereka sudah lama bekerja bersama.
“Master in the House 2” ditetapkan untuk ditayangkan pada 1 Januari jam 5 petang KST.
Sumber : 1