MBC Drama Awards 2022 telah mendedahkan calon-calon untuk ‘Best Couple Award’!
Tahun ini, MBC memperkenalkan ramai drama couple yang mencuri hati penonton dengan chemistry mereka, hinggakan kadangkala membuatkan penonton terlalu tenggelam dengan kisah menyayat hati mereka. Jom ketahui enam pasangan yang dicalonkan!
Calon-calon untuk ‘Best Couple’ termasuk Park Ju Hyun dan Kim Young Dae, yang mencipta chemistry yang hebat serta menggagumkan sebagai pasangan dalam “The Forbidden Marriage,” Hyeri dan Lee Jun Young, yang mempamerkan percintaan yang menyentuh perasaan sambil mereka menyembuhkan luka masing-masing dan hati yang lain dalam “May I Help You?” dan pasangan Yook Sungjae dan Jung Chaeyeon, yang membuat hati penonton berdebar-debar dengan kisah cinta pertama mereka dalam “The Golden Spoon.”
Lee Jong Suk dan YoonA, yang mempamerkan chemistry mereka sebagai pasangan yang lengkap melalui “Big Mouth,” Sooyoung dan Yoon Bak, yang menyampaikan pelbagai emosi daripada percintaan remaja kepada cerita yang menyentuh hati dalam “Fanletter, Please,” dan Park Hae Jin dan Jin Ki Joo, yang menyampaikan cinta yang tidak berkesudahan di dalam dan di luar kehidupan ini dalam “From Now On, Showtime!” turut didedahkan sebagai calon untuk anugerah ‘Best Couple’, meningkatkan jangkaan penonton untuk mengetahui pemenangnya.
Pada penulis sendiri, agak sukar untuk memilih siapa pemenangnya kerana setiap drama couple ini mempunyai daya tarikan dan kekuatan mereka yang tersendiri. Boleh kata setiap mereka mempunyai peluang untuk menang.
MBC Drama Awards 2022 akan disiarkan pada 30 Disember jam 8:30 malam KST, dan pengundian dalam talian untuk Best Couple kini diteruskan melalui laman web rasmi mereka. Sooyoung dan Kim Sung Joo disahkan menjadi hos bagi majlis anugerah itu. Sama-sama kita nantikan.