Park So Dam buat penampilan umum pertama sejak pembedahan kanser tiroidnya

Pelakon Park So Dam membuat penampilan umum pertama sejak pembedahan kanser tiroidnya.

Pada 19 Disember, pelakon itu membuat penampilan umum pertamanya sejak pembedahan kanser tiroid sempena sidang akhbar filem terbarunya ‘Phantom’. Pada hari ini dia berkongsi, “Saya minta maaf kerana menyebabkan ramai orang risau tentang saya. Saya sentiasa memberitahu peminat saya untuk sihat, dari segi fizikal dan dalaman, tetapi saya tidak dapat menunaikan janji itu, dan untuk itu, saya minta maaf.”

Dia menyambung, “Tahun lepas pada ketika ini, saya kehilangan suara dan saya berada di atas katil selepas pembedahan. Musim cuti tahun ini sangat berbeza daripada tahun lepas. Saya sangat gembira kerana saya dapat menyapa anda semua dalam keadaan yang sihat. Sejujurnya, saya sangat gementar sehingga tangan saya berpeluh tetapi saya gembira dapat melihat serta berjumpa dengan barisan pelakon lain dan pengarah semula. Rasanya seperti permulaan yang baru.”

Pelakon itu menambah, “Saya bertemu dengan projek ini ketika saya sedang bergelut bergelut. Saya berterusan berterima kasih kepada pengarah hari ini kerana dia yang memberi saya keberanian untuk merebut peluang ini disaat dia menggenggam tangan saya ketika itu. Walaupun saya bimbang kerana penggambaran filem ini semasa saya masih bergelut, saya gembira kerana saya bertemu dengan para senior  yang baik. Saya akan tunaikan janji saya, jadi harap sihat, dalaman dan luaran.”

 

“Phantom” berlatarbelakangkan tahun 1993 dan menceritakan kisah sekumpulan warga Korea yang ditahan disebuah hotel dan disyaki menjadi pengintip bagi kerajaan Korea. Filem ini menampilkan barisan pelakon veteran Sol Kyung Gu, Honey Lee dan Park Hae Soo.

Untuk tambahan, pada Januari lalu, Park So Dam itu tidak dapat mengambil bahagian dalam promosi untuk filemnya yang akan datang, “Special Cargo” kerana baru sahaja pulih daripada pembedahan. Sehinggalah dia membuat penampilan istimewa semasa Anugerah Baeksang pada bulan Mei barulah peminat dapat melihatnya dalam keadaan yang lebih sihat.

Sementara itu, ‘Phantom’ akan ditayangkan di pawagam pada 18 Januari 2023.

Sumber : 1

loading...