“Reborn Rich” atasi rekod tontonan tertinggi “SKY Castle”

JTBC “Reborn Rich” kini merupakan drama dengan rating kedua tertinggi dalam sejarah TV kabel! Bukan biasa-biasa penangan drama ini.

Pada 18 Disember, drama fantasi balas dendam yang dibintangi Song Joong Ki  sekali lagi mencatatkan rating tontonan  tertingginya sebelum minggu terakhir tayangan drama itu. Menurut Nielsen Korea, episod terbaharu drama itu mendapat penilaian purata seluruh negara sebanyak 24.9%, menandakan lonjakan ketara daripada episod yang bersiaran pada malam sebelumnya.

Bacaan rating itu bukan sahaja menandakan rekod peribadi baru untuk drama itu, malah “Reborn Rich” telah mengatasi rekod “SKY Castle” untuk mencapai penarafan penonton kedua tertinggi bagi mana-mana drama kabel dalam sejarah. “SKY Castle” mencapai rating tontonan tertinggi pada episode terakhirnya dengan mencatatkan purata tontonan seluruh negara sebanyak 23.8%.

“Reborn Rich” kini berada di tempat kedua selepas drama hit 2020 “The World of the Married,” yang memegang rekod semasa untuk tontonan drama tertinggi dalam sejarah mana-mana rangkaian kabel Korea: dengan mencatatkan purata seluruh negara sebanyak 28.4%.

Dengan berbaki dua episod lagi yang akan bersiaran pada 24 dan 25 Disember, pemerhati industri tidak sabar-sabar menunggu untuk melihat sejauh mana “Reborn Rich” akan meningkat pada minggu terakhirnya.

Tahniah kepada pelakon dan krew “Reborn Rich”!

loading...