Rating tontonan “Reborn Rich” cecah 20%, “Alchemy of Souls 2” semakin dekat dengan penonton

Drama JTBC “Reborn Rich” telah melepasi paras 20% tontonan!

Pada 11 Disember, drama balas dendam yang semakin mendapat perhatian kini yang dibintangi Song Joong Ki telah berjaya melepasi bacaan 20% untuk mencapai penarafan penonton tertinggi setakat ini. Menurut Nielsen Korea, episod terbaharu “Reborn Rich” mencatatkan rating purata seluruh negara sebanyak 21.1%, sekaligus mencatatkan rekod tontonan tertinggi yang baru sepanjang drama itu bersiaran.

Sementara itu,tvN  “Alchemy of Souls Part 2” dilihat menikmati peningkatan ketara dalam jumlah penonton untuk episod kedua, dengan memperoleh rating purata seluruh negara sebanyak 7.7%.

Akhir sekali, drama KBS 2TV “Three Bold Siblings” meneruskan penguasaannya sebagai program yang paling banyak ditonton pada hari Ahad dengan purata penarafan seluruh negara sebanyak 22.5%.

Untuk makluman, “Reborn Rich” boleh ditonton menerusi Viu pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Manakala, “Alchemy of Souls 2” pula tersedia di Netflix setiap Sabtu dan Ahad. Peminat “Three Bold Siblings” pula boleh ikuti drama itu menerusi Astro KBS Ch 392 pada setiap Sabtu dan Ahad.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...