“Reborn Rich” singkirkan rekod “Extraordinary Attorney Woo” sebagai drama paling banyak tontonan 2022

Biarpun baru separuh daripada tayangannya, JTBC “Reborn Rich”  telah menjadi mini siri yang paling banyak ditonton tahun ini sekaligus melepasi rating penonton tertinggi yang dicapai oleh drama hit ‘Extraordinary Attorney Woo’.

Pada 4 Disember, drama bertemakan balas dendam fantasi yang dibintangi Song Joong Ki mencapai rekod penonton tertinggi sepanjang tayangannya sehingga episode terkini. Menurut Nielsen Korea, episod kelapan “Reborn Rich” mencatatkan rating purata seluruh negara sebanyak 19.449%. Hampir melepasi 20% rekod tontonan, “Reborn Rich” mencatatkan tiga kali ganda rating penonton mereka sejak episode pertama mereka yang hanya merekodkan 6% tontonan sahaja.

“Reborn Rich” bukan sahaja mencatatkan rekod penilaian peribadi baharu, malah kini telah mengatasi rekod yang dipegang drama hit ENA “Extraordinary Attorney Woo” ENA sebagai mini siri yang paling banyak ditonton pada tahun 2022 dalam masa yang singkat. Sebelum episod “Reborn Rich” pada malam tadi (episode 8), “Extraordinary Attorney Woo” telah mencatatkan 17.534% tontonan pada bulan Ogos untuk episode terakhirnya.

Nampaknya drama “Reborn Rich” juga turut mendapat banyak perhatian dan kasih sayang daripada penonton, sekaligus mengikut rapat jejak langkah yang diterima baik oleh drama “Extraordinary Attorney Woo” di peringkat antarabangsa.

Sejak tayangan perdana bulan lalu, “Reborn Rich” telah mengekalkan momentum yang sempurna untuk melihat rating penontonnya meningkat dengan setiap episod baharu. Dengan berbaki lapan episode lagi, kita masih berpeluang untuk melihat sejauh mana Reborn Rich” akan mendaki sebelum tamat tayangannya.

Reborn Rich” akan disiarkan secara eksklusif di Viu pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jangan ketinggalan untuk menonton penstriman atau memuat turun “Reborn Rich” (The Youngest Son of a Conglomerate) dengan sarikata bahasa Melayu hanya di Viu!

Manakala “Extraordinary Attorney Woo” pula boleh ditonton menerusi Netflix!

Sumber : 1 | 2 |

loading...