Senarai pemenang hari ke-2 Anugerah MAMA 2022

Hari ke-2 Anugerah MAMA 2022 telah berlangsung pada hari ini, 30 November di Kyocera Dome Osaka, Jepun! Pada hari ini Park Bo Gum ditugaskan sebagai MC.

Tema untuk Anugerah MAMA 2022 adalah “”K-POP World Citizenship,” dan subtema untuk hari ke-2 ialah “We are K-POP.” Anugerah tahun ini adalah yang pertama bagi penjenamaan semula nama baharu ‘MAMA’. Untuk hari pertama anugerah pada 29 November, Yogibo Worldwide Icon of the Year, Favorite New Artist, Worldwide Fans’ Choice (Bonsang), Yogibo Chill Artist, dan Favorite Asian Artist telah disampaikan.

Selain memenangi anugerah Yogibo Worldwide Icon of the Year pada Hari Pertama, BTS diberi anugerah Platinum MAMA khas kerana mencipta “fenomena budaya global melangkaui K-pop.” Anugerah Platinum ini juga mengiktiraf pencapaian BTS dalam MAMA selama ini dalam semua empat kategori Daesang (Hadiah Utama), termasuk Worldwide Icon of the Year, Artist of the Year, Album of the Year, dan Song of the Year yang telah dimenangi kumpulan itu untuk empat tahun berturut-turut dari tahun 2019-2021.

Tahun ini menyaksikan BTS membawa pulang tiga daripada tiga Daesang (Hadiah Utama) bagi Album of the Year (“Proof”), Artist of the Year dan Worldwide Icon of the Year. Secara keseluruhan, BTS membawa pulang enam trofi pada MAMA 2022. BTS tahun ini diwakili oleh J-Hope yang turut memenangi anugerah individu setelah melancarkan album solonya “Jack In The Box” pada Julai lepas. J-Hope yang membawa pulang trofi Most Popular Male Artist danBibigo Culture & Style turut membuat persembahan dengan lagu “Future”.

Anugerah Daesang untuk Song of The Year kali ini milik kumpulan IVE menerusi lagu popular mereka “Love Dive”.  IVE yang merupakan kumpulan rookie telah memenangi Favorite New Artist pada pertama, sekaligus menjadikan kumpulan itu antara penyanyi berkumpulan ketiga yang memenangi anugerah Daesang dan anugerah rookie di MAMA pada tahun yang sama.

Lihat senarai penuh pemenang pada Hari Ke-2 di bawah!

MAMA Platinum | BTS

Yogibo Artist of the Year (Daesang) | BTS

Yogibo Song of the Year (Daesang) | “Love Dive” – IVE

Yogibo Album of the Year (Daesang) | BTS’ ‘Proof’

Best Music Video | “Pink Venom” – BLACKPINK

Best Male Group | BTS

Best OST | “Love, Maybe” – MeloMance (‘A Business Proposal’ OST)

Best Collaboration | Psy’s “That That” (produced and featuring BTS’ SUGA)

Most Popular Group | Stray Kids

Best Dance Performance (Male Group) | “HOT” – Seventeen

Favorite Female Group | (G)I-DLE

Best Dance Performance (Solo) | Psy’s “That That” (produced and featuring BTS’ SUGA)

Best Dance Performance (Female Group) | “Love Dive” – IVE

Best Female Group | BLACKPINK

Best Vocal Performance (Group) | “Still Life” – BIGBANG

Best Band Performance | “Happy Death Day” – Xdinary Heroes

Best New Male Artist | Xdinary Heroes

Most Popular Male Artist | j-hope BTS

Best Vocal Performance (Solo) | Taeyeon Girls’ Generation “INVU”

Breakout Producer | Min Hee Jin (ADOR, NewJeans)

Global Music Trend Leader | Zico

Best Female Artist | Nayeon TWICE

Best Male Artist | Lim Young Woong

Best Hip Hop & Urban Music | Jay Park’s “GANADARA” feat. IU

Inspiring Achievement | Jaurim

Best New Female Artist | IVE

Bibigo Culture & Style | j-hope BTS

Tahniah kepada semua pemenang!

loading...