MAMAMOO umum siri jelajah ‘MY CON’ Asia 2023 dan akan ke Kuala Lumpur Februari 2023

Selepas Everglow, kini giliran MAMAMOO untuk berkongsi tentang tarikh dan bandar untuk siri jelajah Asia 2023 mereka yang akan datang!

Selepas memulakan jelajah dunia “MY CON” mereka di Korea dan Jepun bulan ini, MAMAMOO akan meneruskan jelajah Asia mereka pada Januari dan Februari tahun depan.

Kumpulan itu akan membuat persembahan di Hong Kong pada 7 Januari, Taiwan pada 14 Januari, Singapura pada 9 Februari, Kuala Lumpur pada 11 Februari, dan Manila pada 12 Februari.

Untuk persembahan mereka di Kuala Lumpur kelak, Trumpet International akan bertindak sebagai penganjur acara. Jadi, MooMoo Malaysia, please get ready the money!

MAMAMOO kini sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan di Seoul selama tiga malam berturut-turut bermula dari 18 hingga 20 November. Selepas itu mereka akan membuat persembahan selama dua malam di Chiba dari 26 hingga 27 November.

Nantikan kemaskini mengenai siri jelajah MAMAMOO World Tour (MY CON) – Kuala Lumpur.

loading...