Pertempuran drama kepolisan, SBS Doubtful Victory mengatasi ratings MBC Two Cops

Untuk siaran kali pertama kedua-dua drama SBS Doubtful Victory dan MBC Two Cops semalam menyaksikan SBS Doubtful Victory berjaya memperoleh ratings sebanyak 5% berbanding MBC Two Cops yang hanya meraih 4.6% , kurang 0.4 di belakangnya. Persaingan ini menjadikan SBS Doubtful Victory berjaya dalam pertempuran ratings untuk permulaan dua episod pertama ditayangkan semalam.

Walaubagaimanapun, KBS Witch Court tetap mendahului di tangga pertama dengan ratings setinggi 11.9%. Drama terbitan cenel kebel tvN, Because This is My First Life pula meraih ratings sebanyak 3.8%. Kedua-duanya hanya berbaki satu episod akhir saja ditayangkan pada malam ini.

Yoon Kyung Sang sebagai banduan bernama Oh Il Seung.

SBS Doubtful Victory membawakan kisah seorang banduan lelaki Oh Il Sung (Yoon Kyun Sang) yang dijatuhkan hukuman mati mandatori dan telah pun menjalani hukuman penjara selama 10 tahun. Satu hari, dia meloloskan diri dari penjara dan menyamar sebagai detektif polis dengan harapan dapat mencari punca di sebalik kes jenayah dilakukannya sebelum ini.

Jo Jung Suk sebagai Cha Gong Tak

MBC Two Cops pula mengisahkan tentang seorang polis berpangkat rendah bernama Cha Gong Tak (Jo Jung Suk) yang dikuasai oleh roh lelaki yang terlibat dalam kes-kes jenayah penipuan. Pemilik asal tubuh Cha Gong Tak dan roh penipu tersebut berkerjasama menyelesaikan kes-kes penipuan. Cha Gong Tak berjumpa dengan Song Ji An (Hyeri), seorang wartawan muda yang lincah.

Sumber:  SBS

 

loading...