KARA siap sedia untuk ‘comeback’ dan rai ulang tahun ke-15 dengan “Move Again” November ini

Setelah sekian lama akhirnya kumpulan KARA kini telah bersiap sedia untuk muncul kembali. Berita ini disambut gembira oleh para peminat yang telah lama menantikan hasil kerja mereka. Terbaru, KARA telah mengesahkan tarikh kemunculan semula mereka yang telah lama ditunggu-tunggu!

Pada tengah malam 18 Oktober, KARA mengumumkan pertemuan semula mereka yang sangat dinanti-nantikan dengan album ulang tahun ke-15 mereka “MOVE AGAIN”! Album ini akan dikeluarkan pada 29 November dan anda boleh lihat teaser pertama kumpulan di bawah!

September lalu, sumber dari RBW, yang merupakan syarikat induk DSP Media, mengesahkan, “KARA akan mengeluarkan album sempena ulang tahun ke-15 mereka pada bulan November. Memandangkan mereka mengeluarkan album ulang tahun sulung mereka yang ke-15 selepas berkumpul untuk pertama kalinya, kami bercadang untuk menyokong ahli KARA supaya mereka dapat meluahkan perasaan ingin menghadiahkan sesuatu kepada peminat mereka sepenuhnya.”

Ini akan menjadi album pertama KARA sebagai sebuah kumpulan sejak pelancaran album mini ketujuh mereka “In Love” pada Mei 2015. Park Gyuri, Han Seung Yeon, dan Heo Young Ji akan bersatu semula dengan bekas ahli Nicole dan Kang Ji Young, yang meninggalkan dengan kumpulan itu pada 2014. Kini, mereka berlima akan berkumpul bersama semula untuk album baharu yang sangat bermakna ini.

Bukan sahaja mengeluarkan album baharu, ahli KARA juga dikhabarkan sedang menyiapkan pelbagai aktiviti promosi album tersebut. Untuk pengetahuan, KARA memulakan kerjaya pada tahun 2007 dan mengeluarkan beberapa lagu hit termasuk “Honey,” “Pretty Girl,” “Mister,” “Jumping,” “Lupin” dan banyak lagi.

Sumber : 1

loading...