Nam Joo Hyuk mulakan khidmat tentera Disember ini? Ini respons agensinya

Pelakon Nam Joo Hyuk akan memulakan khidmat tentera wajibnya tidak lama lagi.

Pada 17 Oktober, sebuah portal media melaporkan bahawa Nam Joo Hyuk akan menyertai perkhidmatan tentera pada Disember ini. Sebagai tindak balas kepada laporan itu, sumber dari agensinya Management SOOP berkongsi, “Walaupun dia perlu [menyertai] pada bulan Disember, tarikh sebenar belum ditetapkan kerana dia masih belum dikeluarkan notis pemberitahuan.” Dilahirkan pada 1994, Nam Joo Hyuk bersedia untuk menyertai tentera pada tahun ini.

Awal tahun ini, pelakon itu telah membintangi drama popular tvN “Twenty Five, Twenty One.” Dia juga akan kembali ke skrin besar tidak lama lagi dengan filem “Remember” yang akan ditayangkan pada 26 Oktober. “Remember” ialah karya yang menggambarkan kisah Pil-ju, seorang pesakit Alzheimer, yang ingin membalas dendam selepas merancangnya setelah sekian lama untuk mencari pro-Jepun yang menyebabkan kematian seluruh keluarga, dan In-gyu, berumur 20 tahun, merangkap kawan baik Pil-ju yang secara tidak sengaja terlibat dalam misi balas dendamnya.

Dalam pada itu, media turut melaporkan bahawa Nam Joo Hyuk kini sedang menjalani penggambaran untuk siri Disney+ yang akan datang “Vigilante,” yang dijadualkan menamatkan penggambaran pada pertengahan November. berikutan pendaftarannya yang akan datang. Mungkin ini merupakan buah tangan akhirnya buat peminat sebelum menyertai khidmat tentera.

Stay tuned for more updates!

Sumber : 1 , 2

loading...