Enlistment KPOP[TERKINI] Jin akan mendahului ahli BTS yang lain untuk mulakan khidmat ketenteraan wajib mereka runaway_dida2 years ago2 years ago02 mins HYBE telah mengumumkan bahawa BTS akan menyertai tentera mengikut urutan, bermula dengan Jin, ahli sulung pasukan itu.. Pada 17 Oktober, HYBE mengeluarkan kenyataan yang didedahkan secara terbuka kepada pelabur saham yang mengumumkan, “Ahli BTS Jin akan meminta untuk membatalkan penangguhan pendaftaran tenteranya pada akhir Oktober dan kemudian mengikuti proses pendaftaran Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera. Ahli-ahli lain kemudian akan mengikuti pendaftaran mereka mengikut rancangan masing-masing.” Sebelum ini, Jin yang dilahirkan pada 1992, dibenarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan untuk menangguhkan pendaftaran mengikut Akta Perkhidmatan Tentera yang dipinda pada 2020, dan pendaftarannya ditangguhkan sehingga akhir tahun ini. Akta Perkhidmatan Tentera semasa menetapkan bahawa orang yang mempunyai kemahiran khas dalam bidang seni dan sukan yang ditetapkan oleh Dekri Presiden dan disyorkan oleh Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan boleh diberi lanjutan atau pengecualian daripada perkhidmatan. Bagaimanapun, ordinan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Tentera tidak memasukkan ‘budaya popular’ sebagai kepakaran dalam bidang seni dan sukan, maka isu sama ada tokoh budaya pop yang mempromosikan martabat negara juga boleh menerima faedah ini telah dibangkitkan. Dalam industri hiburan Korea, ramai yang bertegas bahawa BTS harus dibenarkan menyertai perkhidmatan ketenteraan alternatif, tetapi perbincangan di peringkat Perhimpunan Negara berjalan dengan perlahan. Memandangkan Jin telah menarik balik lanjutan ‘menangguhkan pendaftaran sehingga umur 30 tahun’, dia dijangka akan mendaftar sebagai askar bertugas aktif sebaik sahaja notis pendaftaran dikeluarkan. Berikutan adalah kenyataan yang dikeluarkan secara rasmi oleh HYBE: Apapaun, selamat berkhidmat buat semua ahli BTS! Sumber : 1 , 2, 3 loading... Post navigation Previous: “Reborn Rich” ditayangkan tiga kali seminggu dan tersedia di Viu untuk tontonan November iniNext: Agensi keluar kernyataan tambahan ekoran kontroversi Ravn, tangguhkan jadual kegiatannya bersama ONEUS!
G-Dragon kembali hangatkan industri K-Pop dengan single ‘POWER’ dan umum kerjasama baharu dengan label indie EMPIRE runaway_dida3 weeks ago3 weeks ago 0