[Update] Sambut ulang tahun ke-13, HIGHLIGHT titip pesan istimewa buat peminat & akan ‘comeback’ November ini

Sedar tak sedar, sudah 13 tahun Yoon Doo Joon, Yang Yo Seob dan Lee Gi Kwang berada dalam industri hiburan Korea. Mula debut pada 15 October 2009 dengan lagu “Shock”, kumpulan yang dahulunya dikenali sebagai Beast tetap kekal relevant dalam legasi K-Pop dan tetap mempunyai penggemarnya yang tersendiri.

Bagi memperingati hari istimewa itu, Doojoon, Yoseob, Kikwang, dan Dongwoon berkongsi mesej khas kepada peminat mereka ‘Light’ dalam video rasmi yang dikeluarkan oleh agensi mereka AroundUs Entertainment.

“Hello, ini Highlight. Wah, sudah 13 tahun. Tak masuk akal. [Sama umur] dengan pelajar sekolah rendah, darjah enam. Setahun lagi, kita akan melangkah ke sekolah menengah.” ahli-ahli kumpulan memulakan video dengan bergurau. “Rasanya kami sentiasa sibuk menerima sokongan dan kasih sayang sejak 13 tahun yang lalu. Disebabkan kami akan menjadi pelajar sekolah menengah tahun depan, jadi terima kasih semua. Tempoh masa selama 13 tahun tidaklah singkat. Ia masa yang sangat lama. Hari ini kami mengadakan konsert [2022 HIGHLIGHT FAN CON in SEOUL], dan kami bersyukur kerana kami dapat membuat persembahan di hadapan ramai orang dan tertanya-tanya sama ada ia benar-benar lama.”

“Terima kasih kepada anda semua, 13 tahun ini begitu menyeronokkan dan gembira. Pada masa akan datang, kami akan kekal bersama dan terus menikmati saat ini dan gembira, dan kami berharap akan dapat melakukan banyak perkara yang diisi dengan penuh kasih sayang bersama-sama,” sambung mereka. “Kami benar-benar bersyukur kerana kami dapat mencipta banyak kenangan indah sepanjang 13 tahun yang lalu. Melangkah ke masa hadapan, kami akan mencipta lebih banyak kenangan hebat juga, bukan? Kami berharap kami akan dapat melakukannya dengan hebat pada ulang tahun kami yang ke-14 juga, dan kami amat berterima kasih kerana anda semua terus berada bersama kami dengan sihat sehingga kini. Kami berharap Highlight dan Light akan terus sihat, gembira, dan terus bergantung antara satu sama lain. Ini telah menjadi Highlight! Terima kasih.”

Untuk terus menghargai para peminat mereka yang sentiasa memberikan sokongan, Highlight mengumumkan kemunculan semula mereka pada 7 November melalui satu klip video mengejut. Segmen ringkas daripada lagu mereka yang akan datang diperdengarkan melalui pembesar suara di mana suara Lee Gikwang menyanyikan, “Kerana saya keseorangan, tanpa awak saya keseorangan,” dan teks “2022.11.07 (MON) HIGHLIGHT” muncul pada skrin, membayangkan tarikh kemunculan semula mereka.

Ini sekaligus menandakan keluaran muzik pertama kumpulan itu dalam tempoh 8 bulan, sejak mengeluarkan album penuh pertama mereka ‘Daydream’ pada awal tahun ini.

Sementara itu, buat masa ini kesemua ahli Highlight kini sibuk dengan promosi masing-masing termasuk melalui filem, program pelbagai, program radio dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, Highlight membuat debut pertama dalam kumpulan B2ST pada 15 Oktober 2009 dengan album mini pertama mereka ‘Beast Is the B2ST,’ kemudian mengeluarkan beberapa single hit termasuk “Shock,” “Breath,” “Fiction,” dan ” Beautiful Night.” Pada 20 Mac 2017, semua ahli B2ST, tidak termasuk Hyunseung, membuat debut semula menerusi kumpulan Highlight dengan single “Plz Don’t Be Sad.” Pada April 2019, Junhyung ambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan dan kini menumpukan pada aktiviti solo.

Sumber : 1 , 2

loading...